awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat Khas Parlimen: Tiada had kehadiran namun dinasihat lakukan penggiliran

Astro Awani
Astro Awani
26/07/2021
02:37 MYT
Mesyuarat Khas Parlimen: Tiada had kehadiran namun dinasihat lakukan penggiliran
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham juga amat bimbang dengan penularan wabak COVID-19 dalam Parlimen. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tiada had kehadiran dalam Dewan Rakyat sepanjang mesyuarat khas Parlimen yang bermula hari ini namun ketua parti diharap dapat menggilirkan keahlian dalam dewan setiap sejam.
Permintaan itu disuarakan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memandangkan terdapat kes COVID-19 dikesan melibatkan kakitangan Parlimen dan juga Ahli Parlimen.
Menurutnya, selepas keputusan positif COVID-19 itu diketahui pada Ahad, beliau telah memanggil Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk membincangkan perkara itu dan mendapatkan pandangan beliau.
“Keputusan yang akan diambil belum dimuktamadkan sama ada untuk hadkan jumlah kehadiran satu masa, dan juga mengenai masa persidangan.
“Saya masih menunggu persetujuan daripada pihak sebelah sini (kerajaan) mengenai perkara itu seperti yang dicadangkan tadi. Pada masa ini, keputusan Jawatankuasa Dewan Jumaat lepas masih kuatkuasa.
“Tapi saya minta sangat-sangat kerjasama semua Ketua Whip, dapat kita ‘rotate’ keahlian di dalam dewan ini setiap jam,” katanya ketika berucap di hadapan ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat.
Tambahnya, Dr Noor Hisham juga amat bimbang dengan penularan wabak COVID-19 dalam Parlimen selepas 12 staf Parlimen didapati positif dan 58 lagi terpaksa jalani proses kuarantin kerana menjadi kontak rapat.
Hari ini ahli-ahli Parlimen akan kembali ke bangunan Parlimen bagi menghadiri mesyuarat khas selepas persidangan ditangguhkan sejak awal tahun ekoran pandemik COVID-19 yang kini mencecah sejuta kes.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Ahli Parlimen kembali bersidang hari ini
BACA: Mesyuarat Khas Parlimen: PM Muhyiddin akan bentang PPN hari ini
Buat pertama kali, Ahli Parlimen akan berkumpul di bawah satu bumbung bagi mendengar penerangan, mengajukan soalan dan membahaskan beberapa perkara berkaitan proklamasi darurat dan langkah-langkah kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19.
Astro AWANI akan tampil dengan laman mikro yang akan berkongsi sisi berbeza apa yang berlaku di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Ikuti semua kandungan ini di laman mikro Sisi TV Parlimen serta di semua platform media sosial Astro AWANI sepanjang sidang khas Parlimen ini berlangsung.
Topic Berkaitan
#Parlimen
#Dewan Rakyat
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#KKM
#pandemik
#Speaker
#Azhar Azizan Harun
#Sisi TV Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan