awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MIC sertai PN?: 'Saya akan tanya Vigneswaran' - Ahmad Zahid

Faida Rahim
Faida Rahim
19/09/2025
10:00 MYT
MIC sertai PN?: 'Saya akan tanya Vigneswaran' - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, beliau akan mendapatkan penjelasan daripada Presiden MIC itu dalam masa terdekat. - Gambar/ Ikqwan Lee/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan bertemu dengan Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran mengenai spekulasi parti itu mungkin menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN).

Ringkasan AI
  • Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan bertemu Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran bagi mendapatkan penjelasan berhubung spekulasi MIC menyertai Perikatan Nasional (PN), susulan kenyataan Vigneswaran yang tidak menolak kemungkinan tersebut.
  • Vigneswaran menyifatkan pelawaan Timbalan Presiden Pas sebagai proses merisik dan menegaskan keputusan menyertai PN masih terlalu awal untuk diputuskan serta perlu diperhalusi.
  • Ahmad Zahid memberi respons ringkas bahawa beliau akan bertanya sendiri kepada Vigneswaran mengenai perkara itu, selepas menghadiri majlis pelancaran Ensiklopedia Hadis Nilai di Kuala Lumpur.

Ahmad Zahid berkata, beliau akan mendapatkan penjelasan daripada Presiden MIC itu dalam masa terdekat.
"Saya akan tanya dengan beliau sendiri," jawab beliau ringkas selepas merasmikan Majlis Ensiklopedia terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka dan Penyerahan Watikah Pelantikan Penterjemah dan Pentasbih Mawsu'ah Ahadith Al-qiyam (Ensiklopedia Hadis Nilai) Jilid 1 Hingga 4 di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Isnin lalu, Vigneswaran mengeluarkan kenyataan tidak menolak kemungkinan parti itu menyertai PN, namun menegaskan perkara tersebut masih terlalu awal untuk diputuskan.
Beliau menyifatkan pelawaan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ibarat proses ‘merisik’ dan MIC akan meneliti dengan lebih mendalam sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat.
“Kemungkinan kot. Ini sebelum meminang, bukan perkara kecil dan saya tidak mahu mengulas lanjut kerana ia harus diperhalusi," katanya.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Ahmad Zahid Hamidi
#PN
#MIC
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan