awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MIC terbuka terima semula bekas ahli parti - Vigneswaran

Bernama
Bernama
07/08/2024
13:49 MYT
MIC terbuka terima semula bekas ahli parti - Vigneswaran
Vigneswaran berkata perkara berkenaan diputuskan pada mesyuarat ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC yang diadakan hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: MIC terbuka untuk menerima bekas ahli yang ingin kembali kepada parti itu, kata Presidennya Tan Sri SA Vigneswaran.
Beliau berkata perkara berkenaan diputuskan pada mesyuarat ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC yang diadakan hari ini.
Vigneswaran berkata CWC sedang mempertimbangkan rayuan yang dibuat beberapa bekas ahli parti.
"Seorang daripada mereka yang telah kita terima balik sebagai ahli ialah Awtar Singh (bekas Ketua MIC Puchong) yang telah membuat rayuan pada hari ini dan CWC telah memberi ruang kepada beliau untuk menghadiri sendiri mesyuarat majlis tertinggi dan rayuan beliau telah dipertimbangkan.
"Ini adalah keputusan Ahli Majlis Tertinggi dan kami (Presiden dan Timbalan Presiden) akur dengan keputusan tersebut," katanya pada sidang media selepas mengadakan Mesyuarat pertama CWC penggal 2024-2027 di Ibu Pejabat MIC di sini hari ini.
Mesyuarat juga membincangkan hala tuju parti itu serta usaha yang perlu dilakukan bagi menawan lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Selain itu, Vigneswaran berkata persidangan Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri MIC akan diadakan pada 1 Sept ini manakala Mesyuarat Agung parti akan diadakan pada 15 Sept di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam.
Sementara itu, MIC turut mengenal pasti seramai 5,144 pengundi India yang akan mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Mahkota, Johor.
Oleh itu, Vignesawaran berkata jentera partinya akan turun padang untuk membantu memperoleh undi kepada calon kerajaan yang akan bertanding pada PRK berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MIC
#bekas ahli parti
#terima semula
#SA Vigneswaran
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan