awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohamad minta anggota parti laksana gerak kerja dengan baik untuk PRU14

Bernama
Bernama
16/04/2017
23:00 MYT
Mohamad minta  anggota parti laksana gerak kerja dengan baik untuk PRU14
MOHAMAD HASAN: "Bersiapsiagalah kita menghadapi PRU14 yang mana pilihan raya ini amat penting untuk BN terus mentadbir negara dan negeri." - Gambar fail
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan meminta semua anggota parti melaksanakan gerak kerja dengan baik bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Beliau yang juga Menteri Besar berkata ini bagi memastikan pentadbiran negara dan negeri kekal diterajui UMNO dan Barisan Nasional (BN).
"Bersiapsiagalah kita menghadapi PRU14 yang mana pilihan raya ini amat penting untuk BN terus mentadbir negara dan negeri.
"Kita kena pastikan pentadbiran negara kita akan tetap berada di tangan UMNO dan BN. Jangan kecewakan generasi Melayu yang bergantung harapan kepada kita," katanya ketika berucap di Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Karnival Sukan UMNO Negeri Sembilan 2017 di sini, malam tadi.
Turut hadir Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Dr Awaludin Said.
Seramai 1,500 ahli UMNO dari 10 bahagian hadir di majlis itu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Menteri Besar
#Mohamad Hasan
#pilihan raya
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan