awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
Isu PTPTN: Kritikan terdahulu membuahkan hasil, pendidikan percuma berfasa kini fokus golongan rentan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MP UMNO di Sabah mahu tinggalkan parti lepas jumpa Tun M - Annuar Musa

Firdaus Azil
Firdaus Azil
11/12/2018
07:23 MYT
MP UMNO di Sabah mahu tinggalkan parti lepas jumpa Tun M - Annuar Musa
Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata, parti itu memahami kesukaran wakil rakyat berkenaan, kerana mereka bukan lagi kerajaan yang memerintah. - Gambar fail/Astro AWANI
UMNO tidak mampu menahan wakilnya keluar parti, sekiranya mereka memberi alasan tindakan itu adalah disebabkan kurangnya peruntukan untuk mereka berkhidmat dengan pengundi.
Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata, parti itu memahami kesukaran wakil rakyat berkenaan, kerana mereka bukan lagi kerajaan yang memerintah.
“Saya telah mendengar pandangan bukan saja dari Ketua-ketua Bahagian dan Pengerusi Perhubungan Negeri, tetapi saya juga telah mengadakan perjumpaan berasingan dengan ketiga sayap parti - pemuda wanita puteri
“Apa yang saya selami, mereka mahu berada bersama yang berkuasa kerana pelbagai perkara memerlukan peruntukan dan kewangan. Dan kita kena terus terang kata kita tak ada wang sekarang kerana semua akaun dibekukan. Apa pun tekanan berkaitan wang yang mereka hadapi, kita tak dapat buat banyak,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan kononnya empat ahli Parlimen UMNO di Sabah akan meninggalkan parti itu.
BACA: Riwayat UMNO Sabah belum berakhir - Pemuda UMNO
Mengulas lanjut, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, beliau dapat mengesahkan bahawa berlaku pertemuan antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan wakil rakyat Sabah berkenaan di Putrajaya minggu lepas.
“Saya juga tahu beberapa pemimpin UMNO Sabah telah dijemput ke pejabat perdana menteri dan diadakan pertemuan mereka dengan Perdana Menteri di Putrajaya.
“Semua perkembangan ini kita ikuti dengan hati terbuka. Dan UMNO tak ada sebarang ikatan sebagaimana parti lain, tak ada kontrak, tak ada baiah, tak ada ikatan yang cuba menyekat wakil rakyat kita daripada berhijrah,” katanya lagi.
Namun, beliau memberi jaminan UMNO Sabah sama sekali tidak akan dibubarkan kerana perkara itu memerlukan kelulusan dari Majlis Tertinggi.
Selain itu beliau berkata, masih ramai pemimpin parti di Sabah, baik di peringkat Bahagian mahupun sayap yang komited untuk terus memperjuangkan nasib masyarakat di kawasan berkenaan.
“Saya dapat jaminan majoriti pemimpin UMNO di sana, termasuk pemimpin orang muda bahawa mereka mahu UMNO terus berada di Sabah, dan mereka sanggup teruskan.
“Sabah merupakan negeri paling banyak keahlian UMNO, ada keahilan bahagian di sana yang mencecah 20,000 ahli. Dan kita 50 orang ahli sahaja untuk mengekalkan Bahagian,” katanya lagi.
Mengikut laporan itu, empat wakil rakyat berkenaan ialah Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Ahli Parlimen Kudat Datuk Seri Abdul Rahim Bakri, Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun, dan Ahli Parlimen Libaran Datuk Zakaria Mohd Edris.
Laporan itu turut menyebut Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Datuk Hajiji Noor akan membuat pengumuman mengenai pembubaran esok.
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Ketereh
#Annuar Musa
#Hajiji Noor
#keluar parti
#Mahathir Mohamad
#majlis tertinggi
#Perdana Menteri
#Sabah
#Setiausaha Agung UMNO
#UMNO
#UMNO Sabah
#wakil rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan