awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muafakat politik Bersatu, Pas, UMNO perlu diterus hingga selepas PRU15 - Tuan Ibrahim

Bernama
Bernama
08/03/2021
13:59 MYT
Muafakat politik Bersatu, Pas, UMNO perlu diterus hingga selepas PRU15 - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim menasihati pemimpin ketiga-tiga parti itu untuk terus mendukung kerajaan sedia ada sekali gus memberi fokus kepada isu rakyat yang menanggung beban berikutan pandemik COVID-19. - Astro AWANI / Shahir Omar
KLUANG: Pas mahu melihat 'muafakat politik' yang termeterai di bawah Perikatan Nasional (PN) antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan UMNO diteruskan sehingga selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), demi masa depan negara.
Justeru, Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menasihati pemimpin ketiga-tiga parti itu untuk terus mendukung kerajaan sedia ada sekali gus memberi fokus kepada isu rakyat yang menanggung beban berikutan pandemik COVID-19 dan kurangkan politik dalaman yang mengganggu tumpuan.
"Saya yakin muafakat politik ini bukan sahaja untuk parti tetapi untuk masa depan negara dan seluruhnya. Sebarang keputusan politik melibatkan masa depan negara, jadi bagi Pas, kita lihat ketiga-ketiga parti perlu teruskan muafakat bukan sahaja sampai Pilihan Raya Umum (PRU) tetapi sampai selepas PRU nanti.
"Bila kita dukung kerajaan, kita dukunglah kerajaan (PN) ini. Jangan timbul pandangan yang menyebabkan situasi tidak berapa selesa untuk rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis undi perdana kerja-kerja di bawah peruntukan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) di sini hari ini.
Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata sepatutnya apa-apa perkara (yang menjadi percanggahan) boleh diselesaikan menerusi perundingan dan mencari jalan keluar.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Annuar yang menyifatkan UMNO, Pas dan Bersatu bukanlah musuh sebaliknya pesaing dan sebaliknya wujud kekeliruan yang cuba menyembunyikan musuh politik sebenar mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#PRU
#PAS
#pilihan raya
#UMNO
#PPBM
#pilihan raya umum
#pandemik
#kerajaan
#rakyat
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan