awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MUDA mahu jalankan fungsi semak dan imbang di Terengganu - Syed Saddiq

Bernama
Bernama
26/07/2023
21:15 MYT
MUDA mahu jalankan fungsi semak dan imbang di Terengganu - Syed Saddiq
SYED SADDIQ: MUDA mohon peluang untuk menjadi penggerak sistem semak dan imbang, kerana akhirnya dengan tambahan suara MUDA itu, jikalau ada salah laku maka kita akan lantang bersuara. - Gambar fail/Bernama
KUALA TERENGGANU: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) memohon peluang untuk menjadi penggerak sistem semak dan imbang di Terengganu.
Presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata keputusan MUDA meletakkan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, walaupun tanpa dana atau jentera yang besar, adalah kerana ingin membawa politik baharu ke negeri ini.
"Sebab itu, MUDA mohon peluang untuk menjadi penggerak sistem semak dan imbang...kerana akhirnya dengan tambahan suara MUDA itu, jikalau ada salah laku maka kita akan lantang bersuara.
"Kalau ada penambahbaikan dari sudut dasar, MUDA yang akan ketengahkan," katanya pada sidang media pelancaran Bilik Gerakan MUDA DUN Bandar di sini, pada Rabu.
MUDA bakal mempertaruhkan Ketua Penerangan parti itu Luqman Long sebagai calon di DUN Bandar.
BACA: PRN Terengganu: Amanah mahu tanding tiga kerusi, turut 'intai' kerusi DUN Bandar
BACA: PRN: PKR Terengganu optimis tawan beberapa kerusi DUN - Nik Nazmi
Sementara itu, Luqman yang juga anak jati Bandar berkata dakwaan kononnya MUDA adalah parti asing di pantai timur adalah persepsi semata-mata.
Selain MUDA, Barisan Nasional (BN) juga telah mengumumkan calonnya Armi Irzan Mohd untuk bertanding di kerusi DUN Bandar yang kini disandang oleh calon Pas Ahmad Shah Muhamed yang menang dengan majoriti 2,091 undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#muda
#DUN Bandar
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#PRN Terengganu'
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan