awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin dakwa tetap akan diheret ke mahkamah atas arahan pihak tertinggi pentadbiran negara

Astro Awani
Astro Awani
09/03/2023
15:46 MYT
Muhyiddin dakwa tetap akan diheret ke mahkamah atas arahan pihak tertinggi pentadbiran negara
Menurut Muhyiddin, beliau tidak pernah memberi arahan atau mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh Kementerian Kewangan. - Gambar Astro AWANI/Mohd Shahir Omar
PUTRAJAYA: Biarpun telah memberi keterangan dan bekerjasama dengan baik kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa beliau akan tetap dihadapkan di Mahkamah atas arahan pihak paling tinggi dalam pentadbiran negara.
Muhyiddin mendakwa SPRM tidak menemui sebarang bukti terhadap segala pertuduhan yang dikaitkan dengan beliau iaitu projek Jana Wibawa dan rayuan pembatalan cukai oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari.
Menurut Muhyiddin, beliau tidak pernah memberi arahan atau mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh Kementerian Kewangan.
"Saya juga tidak pernah berjumpa dengan kontraktor-kontraktor yang mendapat projek dan tidak pernah menerima wang daripada mereka.
"SPRM tidak menjumpai sebarang bukti bahawa saya telah menerima wang. Jadi, bagaimana saya boleh dituduh menerima rasuah dan menyalahgunakan kuasa?" soal beliau.
Mengulas mengenai rayuan pembatalan cukai daripada Yayasan AlBukhary yang dinaungi oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, ketika beliau menerajui pentadbiran negara, Muhyiddin menjelaskan beliau tidak mengeluarkan sebarang arahan tentang perkara itu.
Sebaliknya beliau menjelaskan, keputusan untuk menimbangkan rayuan yang dibuat oleh Syed Mokhtar itu diputuskan oleh Kementerian Kewangan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
"Saya tidak pernah memberi arahan atau mempengaruhi Kementerian Kewangan supaya meluluskan rayuan tersebut.
"Saya telah jelaskan semua ini kepada pegawai penyiasat SPRM. Dalam keadaan biasa, tiada asas untuk mendakwa saya di bawah mana-mana undang-undang.
"Tetapi telah ada arahan daripada pihak yang paling berkuasa dalam pentadbiran negara supaya saya didakwa. Jadi, walau apapun penjelasan yang saya berikan, saya tetap akan didakwa," katanya.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Jana Wibawa
#salah guna kuasa
#Yayasan Al-Bukhary
#pembatalan cukai
#LHDN
#MOF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan