awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muktamar: Tidak kira siapa menang, PAS tidak akan keluar Pakatan - Mustafa

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
01/06/2015
05:04 MYT
Muktamar: Tidak kira siapa menang, PAS tidak akan keluar Pakatan - Mustafa
MUSTAFA: Kenyataan-kenyataan yang dibuat sesetengah pihak tidak menggambarkan keadaan sebenar dalam PAS. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Tidak wujud kumpulan Pro-Pakatan Rakyat atau Anti-Pakatan Rakyat dalam PAS seperti dakwaan sesetengah pihak.
Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali hari ini ketika menafikan senario itu berlaku, menegaskan tidak kira siapapun yang menang dalam pemilihan parti itu nanti, PAS tidak akan keluar dari Pakatan.
"Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh sesetengah pihak tidak menggambarkan keadaan sebenar dalam PAS," kata Mustafa dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS tengah hari tadi.
Katanya lagi, tidak mudah bagi PAS untuk keluar dari Pakatan walaupun jika ada usul tergempar di muktamar nanti.
"Tahaluf Siyasi ini ada syaratnya.
"Keputusan tidak boleh dicapai secara begitu sahaja. Majlis Syura harus mengkaji dan bermesyuarat," jelas Mustafa.
Walau bagaimanapun, Mustafa memberikan jaminan bahawa PAS tidak akan keluar dari Pakatan.
"Tidak mungkin PAS akan runtuhkan sesuatu yang kami sendiri bina," kata Mustafa, merujuk kepada Pakatan.
Selain itu, beliau turut menyifatkan kenyataan-kenyataan menghentam oleh pemimpin DAP sebagai 'gopoh'.
"Cara Lim Kit Siang membuat kenyataan, dia bertindak seperti orang yang baru dalam politik," kata Mustafa.
Apabila ditanya nasib Pakatan sekiranya Abdul Hadi kekal sebagai Presiden memandangkan DAP tidak ingin bekerja dengan beliau, Mustafa berkata beliau tidak akan menjawab berdasarkan andaian.
"Itu bukan masalah PAS," katanya.
Sementara itu, mengenai persiapan Muktamar, segala persiapan berjalan dengan lancar. Keputusan pemilihan pula dijangka akan diumumkan pada hari kedua Muktamar, iaitu Jumaat ini.
Muktamar Tahunan PAS ke-61 akan berlangsung dari 4 hingga 6 Jun ini.
Topic Berkaitan
#DAP
#HADI AWANG
#Lim Guan Eng
#Muktamar
#Mustafa Ali
#PAS
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan