awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mulakan usaha penyatuan Islam, Melayu - Perwakilan Pahang

Wan Syamsul Amly, Khairunnisa Kasnoon, Hans Yusoff, Harits Asyraf Hasnan
Wan Syamsul Amly, Khairunnisa Kasnoon, Hans Yusoff, Harits Asyraf Hasnan
03/12/2016
07:13 MYT
Mulakan usaha penyatuan Islam, Melayu - Perwakilan Pahang
Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad, berkata penyatuan itu penting demi kelangsungan agenda membina peradaban Islam dan Melayu. - Gambar facebook
UMNO dan kepemimpinannya perlu menyatukan umat Melayu dan Islam termasuk parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasaskan Islam atas prinsip taawun iaitu kerjasama yang membawa kepada kebaikan.
Ketua Umno Bahagian Kuala Krau, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad, berkata penyatuan itu penting demi kelangsungan agenda membina peradaban Islam dan Melayu.
Selain itu, beliau juga mahu UMNO memberi tumpuan kepada aspek pentarbiahan ahli parti berpandu al-Quran dan sunnah sebagai model memastikan kesetiaan kepada perjuangan dan parti.
"Kerajaan juga perlu komited untuk memperkasa perundangan Islam termasuk memartabat Institusi Mahkamah Syariah dan mewujudkan akta profesion guaman syarie.
"Ia bagi memastikan satu piawaian terhadap syarat penerimaan dan amalan disiplin guaman dapat digubal, sekali gus mempertingkatkan keupayaan institusi guaman itu," katanya ketika mencadang usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung UMNO 2016, disini hari ini.
Selain itu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Pahang, menggesa UMNO memperkukuh agenda pendidikan kebangsaan sebagai wadah pembentukan bangsa.
Beliau turut memuji usaha kerajaan untuk terus memperkasakan dasar pendidikan negara dan keputusan tidak mengiktiraf UEC (Sijil Peperiksaan Bersekutu).
"Mereka ini bukan ingin duduk di sekolah kita, Sesungguhnya mereka mahu mempersenda. Jadi guna kuasa yang ada pada kita," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Islam
#Melayu
#syed ibrahim syed ahmad
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan