awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rasai kesakitan itu dan perbaiki lagi, inilah bola sepak - Jurulatih Arsenal
Pelajar IPG lemas: Keluarga mangsa tuntut laporan menyeluruh, telus
OpenAI gesa California, Delaware siasat kelakuan anti-persaingan Musk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mungkin pemikiran PAS yang celaru - Muhyiddin

Hilal Azmi
Hilal Azmi
30/04/2017
14:12 MYT
Mungkin pemikiran PAS yang celaru - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sebagai parti baharu, banyak perkara perlu dibuat yang menyebabkan pihak Pas tidak jelas dengan situasi yang dilalui PPBM. -Gambar fail
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berada di landasan yang tepat dalam mendapatkan sokongan rakyat bagi memenangi Pilihan Raya Umum akan datang.
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sebagai parti baharu, banyak perkara perlu dibuat yang menyebabkan pihak Pas tidak jelas dengan situasi yang dilalui PPBM.
"Bagi saya, Presiden PAS mungkin tidak mengetahui situasi dan keadaan sebenar yang ada dalam PPBM sejak ditubuhkan, di mana kita ada perlembagaan dan kita sudah jelaskan matlamat perjuangan serta hala tuju kita sampai ke peringkat akar umbi.
"Kita telah adakan gerakan seluruh negara berhubung sambutan penubuhan Bersatu, pastinya kerana kita bersama-sama mendokong matlamat perjuangan untuk menang PRU 14 akan datang," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi Pakatan Harapan di sini hari ini.
Tegasnya, pemikiran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itulah sebenarnya yang bercelaru dan bukan partinya.
"Kita tak ada celaru, mungkin fikiran dia (Hadi) yang celaru tak tahulah," tegasnya.
Pada Sabtu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucapan dasar presiden di Muktamar Tahunan PAS Ke-63 menegaskan sekali lagi bahawa parti itu tidak akan mengadakan sebarang hubungan dengan PPBM.
Beliau berkata demikian susulan PPBM yang dilihatnya tidak mempunyai arah ketentuan dalam aspek kepimpinan.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Muhyiddin Yassin
#Pakatan Harapan
#PAS
#PPBM
#PRU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan