awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib persoal kesetiaan ahli Parlimen UMNO keluar parti

Bernama
Bernama
21/09/2018
13:26 MYT
Najib persoal kesetiaan ahli Parlimen UMNO keluar parti
NAJIB: ""Kita mesti setia pada parti walau dalam apa jua keadaan yang menimpa... sama ada kita berkuasa atau tidak berkuasa."
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempersoalkan kepercayaan dan kesetiaan anggota Parlimen UMNO yang meninggalkan parti dalam keadaan parti sedang diuji.
Beliau berkata mereka, selaku pemimpin yang diberi kepercayaan dalam UMNO, seharusnya setia kepada parti dan meneruskan perjuangan yang didukung selama ini.
"Kita mesti setia pada parti walau dalam apa jua keadaan yang menimpa... sama ada kita berkuasa atau tidak berkuasa. Apatah lagi dalam saat ini, yang mana parti amat memerlukan kita," kata Anggota Parlimen Pekan itu semasa ditemui pada Program Bubur Asyura dan Santai Bersama Peneroka di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Chini di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas pengumuman dua Anggota Parlimen UMNO iaitu Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Anifah Aman keluar parti baru-baru ini.
Mustapa yang merupakan Anggota Parlimen Jeli bertindak melepaskan semua jawatan dalam parti termasuk sebagai Anggota Majlis Tertinggi UMNO, pada Selasa lalu, atas alasan lagi tidak sealiran dengan parti.
Anifah selaku Anggota Parlimen Kimanis pula mengesahkan meninggalkan parti kurang 24 jam selepas Mustapa dengan berkata keputusan itu dibuat kerana mendakwa kerajaan sebelum ini gagal memperjuangkan hak rakyat Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anifah Aman
#majlis tertinggi
#Malaysia
#Mustapa Mohamed
#Najib Razak
#Parlimen
#Perdana Menteri
#Perjanjian Malaysia 1963
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan