awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nama calon PAS turut dihantar ke istana - Mustafa

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
04/09/2014
09:16 MYT
Nama calon PAS turut dihantar ke istana - Mustafa
MUSTAFA: PAS menyerahkan nama dua Adun PKR dan satu nama Adun PAS kepada pihak istana.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengesahkan nama Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari partinya turut dihantar ke istana untuk diperkenankan sebagai menteri besar Selangor yang baharu, lapor Harakahadaily.
Mustafa berkata, PAS menyerahkan nama dua Adun PKR dan satu nama Adun PAS kepada pihak istana sebagai calon-calon untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Bagaimanapun Mustafa tidak menyebut nama ketiga-tiga Adun berkenaan.
"Buat masa ini nama tu biarlah dulu," Mustafa dipetik sebagai berkata oleh Harakahdaily..
Katanya, senarai nama itu dihantar terus oleh Pejabat Presiden PAS kepada Istana Selangor.
Mustafa berkata, PAS menghantar tiga nama kerana pihak Istana Selangor telah menitahkan supaya menghantar lebih daripada dua nama.
"Jadi lebih daripada dua nama, sekurang-kurangnya tiga," katanya.
Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan Mustafa menafikan PAS menghantar nama tiga Adunnya kepada istana sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu.
Isu perlantikan menteri besar Selangor memasuki fasa baru apabila terdapat laporan yang mendakwa PAS tidak menyenaraikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Mohamed Azmin Ali sebagai calon.
Topic Berkaitan
#DAP
#MB Selangor
#PAS
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan