awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta

Astro Awani
Astro Awani
04/07/2024
11:50 MYT
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Noh memaklumkan, keputusan itu mendorong beliau mengubah fikiran untuk menjadi ahli Bersatu dan sudah mendapat sijil keahliannya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Noh yang mengesahkan perkara berkenaan kepada Sinar Harian berkata, permohonan itu dibuat secara terus dalam talian tanpa diketahui sesiapa pada Khamis.
Menurut Noh, keputusan itu dibuat berikutan kekecewaannya dengan nasib menimpa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak berjaya mencabar Titah Adendum di mahkamah,
"Saya amat sedih dengan nasib 'Bossku' (Najib) dan semalam (Rabu) pihak beliau gagal mencabar titah supaya menjalani baki hukuman penjara di rumah," katanya, memetik portal Sinar Harian pada Khamis.
Sehubungan itu, Noh memaklumkan, keputusan itu mendorong beliau mengubah fikiran untuk menjadi ahli Bersatu dan sudah mendapat sijil keahliannya.
Bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu turut mendedahkan beliau telah beberapa kali menemui bekas Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional itu di mahkamah sebelum ini dan Najib berpesan supaya beliau bersabar dan tidak memasuki mana-mana parti politik.
"Saya menghormati pandangan Bossku yang disifatkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat dan berhati besar.
"Apabila dihadapkan ke mahkamah, beliau tidak mempergunakan UMNO dan sanggup meletak jawatan sebagai Presiden parti bagi menghadapi kes beliau secara peribadi.
Topic Berkaitan
#Noh Omar
#Najib Razak
#Noh sertai Bersatu
#Titah Adendum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan