awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAC tangguh semua mesyuarat, hormati pemergian Hasbullah

Bernama
Bernama
17/11/2020
09:30 MYT
PAC tangguh semua mesyuarat, hormati pemergian Hasbullah
Wong berkata semua ahli PAC amat sedih dan terkejut dengan pemergian Allahyarham.
KUALA LUMPUR:Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menangguhkan semua mesyuarat dan taklimat hari ini sebagai menghormati pemergian Ahli Parlimen Gerik Allahyarham Datuk Hasbullah Osman.
Pengerusinya Wong Kah Woh berkata Allahyarham seorang yang amat komited dalam menjalankan tugas sebagai ahli jawatankuasa itu walaupun baru dilantik memegang jawatan berkenaan pada 12 Nov.
"Sebaik dilantik sebagai ahli PAC pada Khamis (12 Nov), Allahyarham terus menghadiri mesyuarat yang berlangsung pada hari yang sama dan semalam.
"Kami semua pasti merasai kehilangan Hasbullah dalam setiap mesyuarat PAC, memandangkan beliau sentiasa memberi input berguna dan aktif mengambil bahagian dalam setiap sesi ketika mesyuarat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Allahyarham juga tidak lokek untuk berkongsi pengalamannya yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika Perdana Menteri menjawat jawatan timbalan perdana menteri.
Wong berkata semua ahli PAC amat sedih dan terkejut dengan pemergian Allahyarham.
"Saya mewakili semua ahli jawatankuasa PAC merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Hasbullah," katanya.
Hasbullah, 63, meninggal dunia kira-kira 7 malam tadi di Hospital Raub, Pahang akibat serangan jantung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PAC
#Gerik
#ahli Parlimen
#Datuk Hasbullah Osman
#Wong Kah Woh
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan