awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakatan Harapan mesyuarat esok tentukan calon PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar

Bernama
Bernama
14/05/2016
05:28 MYT
Pakatan Harapan mesyuarat esok tentukan calon PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar
MOHAMAD: PAS bukan dalam Pakatan Harapan, jika parti itu hendak bertanding pada PRK tersebut, itu hak PAS. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Pakatan Harapan akan bermesyuarat esok bagi menentukan parti mana dalam pakatan itu akan meletakkan calon bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Parlimen Kuala Kangsar, Perak pada 18 Jun ini.
Pakatan Harapan terdiri daripada gabungan parti politik pembangkang iaitu Parti Amanah Negara (Amanah), PKR dan DAP.
Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata mesyuarat itu akan diadakan di pejabat Amanah di Kuala Lumpur sebagai persiapan untuk bertanding pada PRK tersebut.
"Kita akan meletak calon sama ada dari DAP, PKR atau Amanah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam anjuran Amanah Pasir Puteh di sini, malam tadi.
Mohamad diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengingatkan pakatan itu supaya tidak meletakkan calon mereka dalam PRK itu jika sekadar untuk menguji sokongan.
Tuan Ibrahim mendakwa, kedua-kedua kerusi itu merupakan kerusi tradisi PAS dan parti itu akan mempertahankannya.
Mohamad berkata, PAS bukan berada dalam Pakatan Harapan dan jika parti itu hendak bertanding pada PRK tersebut, itu adalah hak PAS.
Kekosongan kerusi Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar masing-masing berikutan penyandangnya Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya dalam mesyuarat khas semalam memutuskan PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar diadakan serentak dengan hari penamaan calon pada 5 Jun, pengundian awal 14 Jun dan hari mengundi pada 18 Jun.
Topic Berkaitan
#Mohamad Sabu
#Pakatan Harapan
#Parlimen Kuala Kangsar
#Parlimen Sungai Besar
#pilihan raya kecil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan