awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakatan Harapan tolak PAS, beri kelebihan kepada BN - Tengku Adnan

Bernama
Bernama
01/09/2017
08:30 MYT
Pakatan Harapan tolak PAS, beri kelebihan kepada BN - Tengku Adnan
TENGKU ADNAN: Apabila PAS sudah sedar (tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan) syukur alhamdulilah, kita berharap bahawa mereka (PAS) akan bersama kita. - Gambar fail
Keputusan Pakatan Harapan untuk tidak bekerjasama dengan PAS akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
"PAS merupakan sebuah parti politik yang berstruktur dan mempunyai keanggotaan yang ramai. PAS tidak sama dengan parti lain dalam Pakatan Harapan yang tiada struktur.
"Apabila PAS sudah sedar (tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan) syukur alhamdulilah, kita berharap bahawa mereka (PAS) akan bersama kita. Itu adalah harapan kita," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Aidiladha dan Hari Keluarga Parlimen Putrajaya di sini hari ini.
Pada 29 Ogos lepas, Majlis Presiden Pakatan Harapan mengumumkan bahawa empat parti komponen dalam pakatan itu tidak akan bekerjasama dengan PAS bagi mengelak pertandingan tiga penjuru dalam PRU14.
Sementara itu, mengenai laluan khas basikal di Kuala Lumpur, Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata penyelenggaraan secara berkala akan dibuat di laluan sepanjang 5.5 kilometer dari Dataran Merdeka ke Midvalley untuk memastikan ia sentiasa selamat untuk pengguna.
"Saya akan berbincang dengan pihak DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) untuk mencontohi idea laluan basikal yang dilaksanakan Perbadanan Putrajaya, di mana ia tidak menggunakan garisan sebaliknya laluan yang dicat merah," katanya.
Selain itu, Tengku Adnan berkata laluan basikal di Kolam Biru, daya penarik baharu bandaraya Kuala Lumpur, dijangka siap sepenuhnya menjelang pertengahan tahun depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#kerjasama
#Kuala Lumpur
#laluan khas basikal
#Pakatan Harapan
#PAS
#Pilihan Raya Umum ke-14
#PRU14
#Tengku Adnan Tengku Mansor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan