awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakatan masih gagal capai kesepakatan - Salleh

Bernama
Bernama
18/12/2017
22:00 MYT
Pakatan masih gagal capai kesepakatan - Salleh
SALLEH membidas Pakatan Harapan kerana masih bergelut dengan masalah siapa yang akan dinamakan sebagai Perdana Menteri. - Gambar fail
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak pada Isnin membidas Pakatan Harapan kerana masih bergelut dengan masalah siapa yang akan dinamakan sebagai Perdana Menteri.
Beliau berkata belum pernah ada satu gabungan yang begitu keliru tentang siapa yang akan diletakkan sebagai perdana menteri bayangan sambil berkata sepatutnya sekarang mereka sudahpun mempunyai kabinet bayangan penuh.
"Tetapi Pakatan masih tidak dapat melakukan perkara yang mudah seperti ini. Kekeliruan menjadi lebih buruk apabila Tun Dr Mahathir Mohamad (Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia) mengumumkan awal tahun ini bahawa beliau adalah pemimpin tertinggi Pakatan.
"Kemudian, para pemimpin DAP sebaliknya membuat semua pengumuman dasar bagi pihak Pakatan. Kemudian nama Anwar Ibrahim (ketua umum PKR) disebut-sebut sebagai calon perdana menteri tetapi orang lain akan menjadi perdana menteri sementara kerana dia masih berada di penjara," kata beliau menerusi catatan dalam blog beliau, sskeruak.blogspot.my malam tadi.
Salleh yang juga Bendahari UMNO merujuk kepada langkah Pakatan Harapan mengumumkan calon pilihannya untuk jawatan perdana menteri bulan depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#calon
#DAP
#kabinet
#Mahathir Mohamad
#pakatan
#Pakatan Harapan
#penjara
#PKR
#PPBM
#Salleh Said Keruak
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan