awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rahim & Co, Chestertons dari UK bekerjasama perkukuh perkhidmatan hartanah global
Vietnam mulakan pembinaan stadium bola sepak terbesar dunia
[TERKINI] Sultan Sharafuddin tidak berkenan penternakan babi di Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakatan tidak amal politik balas dendam - Fuziah

Bernama
Bernama
13/05/2018
20:39 MYT
Pakatan tidak amal politik balas dendam - Fuziah
Fuziah berkata isu projek Lynas di Gebeng masih menjadi tumpuannya kerana ia melibatkan soal kesihatan dan alam sekitar penduduk daerah ini. - Gambar fail
Pakatan Harapan (PH) tidak mengamalkan politik balas dendam terhadap Barisan Nasional (BN) atau penyokongnya, kata Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh.
Beliau berkata apa juga perubahan yang dilakukan selepas ini bakal dinikmati oleh semua rakyat negara ini dan beliau sendiri akan terus berkhidmat tanpa mengira pendirian parti rakyat.
"Kemenangan PH adalah kemenangan rakyat dan kerja saya sendiri bertambah. Tetapi saya tidak risau kerana saya sudah biasa bekerja sebagai pembangkang sejak 10 tahun yang lalu walaupun saya dinafikan hak peruntukan.
"Kita tidak amalkan politik balas dendam. Kita jatuhkan BN kerana mereka zalim dan bangkit kerana kita sayangkan negara dan tidak mahu negara terus dibelenggu hutang dan rasuah," katanya pada Jamuan Kesyukuran Rakyat di Padang Kemunting di sini, .
Fuziah yang menjiwai isu berkaitan kebajikan wanita dan alam sekitar menyifatkan kemenangan PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu adalah kemenangan golongan ibu yang tidak mahu anak mereka terus dibelenggu masalah hutang negara.
BACA: Fuziah Salleh tidak akan melobi sebarang jawatan dalam Kabinet
Ditanya mengenai isu projek Lynas di Gebeng di sini yang 'diperjuangkan' beliau sejak dahulu, Fuziah berkata perkara itu masih menjadi tumpuannya kerana ia melibatkan soal kesihatan dan alam sekitar penduduk daerah ini.
Katanya, beliau akan cuba mendapatkan dokumen berkaitan daripada pihak terlibat dan menegaskan tidak pernah berniat untuk menutup kilang itu, namun mahu memastikan kaedah yang digunakan adalah selamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#alam sekitar
#Balas Dendam
#Barisan Nasional
#Fuziah Salleh
#Gebeng
#kesihatan
#Kuantan
#Lynas
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#PH
#pilihan raya umum
#politik
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan