awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Google perkenal pengesahan bagi iklan perkhidmatan kewangan di Malaysia mulai 14 April 2026
Hampir 700,000 penduduk Lubnan hilang tempat tinggal dalam tempoh lebih seminggu - UNHCR
Tiada mana-mana bahagian Bersatu bubar - Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parti tempatan Sabah dialu-alukan sertai GRS - Hajiji

Bernama
Bernama
05/09/2022
13:59 MYT
Parti tempatan Sabah dialu-alukan sertai GRS - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengalu-alukan parti tempatan menyertai gabungan itu dan bersama-sama memajukan Sabah demi rakyat, kata Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor. - Gambar fail/BERNAMA
LAHAD DATU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengalu-alukan parti tempatan menyertai gabungan itu dan bersama-sama memajukan Sabah demi rakyat, kata Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor.
Ketua Menteri itu berkata GRS sedia menerima parti politik tempatan kerana percakaran dalam politik tidak akan membawa kepada kebaikan malah boleh mengakibatkan pembangunan negeri terjejas.
Justeru, katanya, parti politik tempatan di Sabah tidak boleh hanya memikirkan kepentingan parti masing-masing sahaja kerana politik memerlukan gabungan dan kerjasama untuk meraih kejayaan seterusnya membawa pembangunan untuk negeri Sabah.
"Cukup pengalaman lalu bagaimana kita dilayan dan banyak kerugian, saya yakin GRS akan memastikan tiada satu kaum tercicir pembangunan kerana semua orang Sabah itu adalah sama. Marilah kita memajukan sama-sama Sabah.
"Saya tidak terfikir jadi Ketua Menteri. Apabila pilihan raya negeri dipanggil kita ada kerjasama GRS dan Barisan Nasional (BN)...kerana kita bersatu akhirnya kita menang," katanya ketika berucap melancarkan GRS Parlimen Lahad Datu, di sini, hari ini.
Hajiji turut berharap pemimpin UMNO dan BN mahu meneruskan kerjasama bersama GRS demi kepentingan negeri dan rakyat Sabah.
GRS dianggotai Bersatu Sabah, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang menjalin kerjasama bersama BN bagi mentadbir negeri ini.
Sementara itu, beliau berharap pengundi di Parlimen Lahad Datu menyokong kerajaan sedia ada demi kemajuan kawasan yang dilihat berpotensi besar untuk dibangunkan.
"Di bawah kerajaan saya, selain daerah lain, Lahad Datu menjadi keutamaan untuk dimajukan menjadi daerah yang maju di pantai timur Sabah, potensinya cukup besar, pelbagai program kerajaan telah dirancang untuk daerah ini," katanya.
Mengenai soal keselamatan, Hajiji berkata beliau selalu menekankan tumpuan keselamatan di pantai timur Sabah dapat terus ditingkatkan daripada semasa ke semasa, malah telah menyuarakan keperluan di peringkat Persekutuan untuk meningkatkan aset keselamatan di pantai timur Sabah.
"Kita kena jaga isu keselamatan ini lebih rapi, ini penting kerana kita mahu rakyat rasa selamat, kita mahu tiada gangguan kepada perancangan program kerajaan terutama melibatkan pembangunan untuk rakyat di pantai timur Sabah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#GRS
#Gabungan Rakyat Sabah
#parti tempatan
#Sabah
#Hajiji Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan