awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas bertanding satu kerusi bagi PRK Pulai, Simpang Jeram

Bernama
Bernama
19/08/2023
08:34 MYT
Pas bertanding satu kerusi bagi PRK Pulai, Simpang Jeram
Ahmad Fadhli berkata nama calon sudah dimuktamadkan dan akan diumumkan dalam masa terdekat. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pas akan bertanding di satu daripada dua kerusi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Johor.
Tanpa mendedahkan maklumat lanjut, Ketua Pemuda Pas Ahmad Fadhli Shaari berkata selain itu, nama calon sudah dimuktamadkan dan akan diumumkan dalam masa terdekat.
"Pas, Bersatu dan Gerakan masing-masing kemukakan calon dan kita (Perikatan Nasional (PN)) telah pun membuat keputusan parti mana yang akan meletakkan calon di Pulai dan Simpang Jeram. Pas akan bertanding di satu daripada dua kerusi pada PRK ini," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran logo sambutan Hari Kebangsaan PN di Ibu Pejabat Pas di sini hari ini.
Sementara itu, Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata keputusan berkenaan calon mewakili PN bagi kedua-dua PRK diputuskan oleh kepimpinan tertinggi gabungan itu.
"Ya sudah ada (calon) ... kita akan umumkan bila tiba masanya nanti," katanya ringkas kepada pemberita selepas melancarkan logo itu.
Sebelum itu, Abdul Hadi mempengerusikan mesyuarat Pas yang antara lain membincangkan persiapan parti bagi menghadapi PRK Pulai dan Simpang Jeram.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon kedua-dua PRK pada 26 Ogos, pengundian awal pada 5 Sept dan hari pengundian pada 9 Sept.
Berkenaan logo itu, Ahmad Fadhli berkata Pemuda PN akan mencadangkan logo Hari Kebangsaan PN digunakan oleh kerajaan negeri yang ditadbir gabungan itu bagi sambutan di peringkat negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRK
#PAS
#Parlimen Pulai
#DUN Simpang Jeram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan