awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAS mahu lihat draf RUU 355 sebelum BN bentang di Parlimen

Bernama
Bernama
18/03/2017
05:58 MYT
PAS mahu lihat draf RUU 355 sebelum BN bentang di Parlimen
ABDUL HADI: Kita perlu lihat dulu apa dia (draf) yang ingin dibentangkan dan kita tidak mahu ia bertindih atau berlawan.
PAS tidak mempunyai halangan untuk bekerjasama dan memberi laluan untuk kerajaan Barisan Nasional (BN) membentangkan rang undang-undang meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 di sidang Parlimen kali ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun berkata pihaknya mahu BN memberi peluang kepada parti itu untuk meneliti terlebih dahulu draf RUU 355 berkenaan sebelum dibentangkan.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa BN akan membentangkan RUU 355 pada sidang Parlimen kali ini sebagai usaha untuk memartabatkan agama Islam dan kedaulatan bangsa Melayu tanpa menjejaskan pihak lain.
BACA: Kerajaan akan bentang RUU 355 di Parlimen - TPM Zahid
"Kita perlu lihat dulu apa dia (draf) yang ingin dibentangkan dan kita tidak mahu ia bertindih atau berlawan," katanya kepada media selepas menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Profesional Malaysia, di sini hari ini.
"Malah kita mahu satu kerjasama yang baik dalam perkara ini bagi kepentingan umat Islam dan Mahkamah Syariah tanpa menjejaskan orang bukan Islam...itu pendekatan yang kita mahu," katanya.
Dalam perkara lain, Abdul Hadi juga menolak berita yang tular di media sosial yang menyatakan bahawa beliau mengeluarkan kenyataan yang partinya hanya mahu menguasai negeri tertentu selepas pilihan raya umum ke-14 dan selebihnya diberikan kepada UMNO.
"Saya tidak pernah buat kenyataan seperti itu... perkara yang akan datang kita tidak tahu sama ada 10 negeri atau tiga negeri itu keputusan pilihan raya, kita tidak boleh buat keputusan sebelum pilihan raya," katanya.
"Cuma pada dasarnya PAS mahu mencapai (kemenangan) untuk 40 buah kerusi dan PAS akan menjadi satu penentu dalam arena politik negara... itu yang sangat penting," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#BN
#HADI AWANG
#Parlimen
#PAS
#RUU 355
#syariah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan