awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas Pahang gesa guna logo Perikatan Nasional secara meluas

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
13/10/2022
21:15 MYT
Pas Pahang gesa guna logo Perikatan Nasional secara meluas
Pas Pahang mahu logo PN diperkenalkan secara meluas dari sekarang menerusi apa sahaja medium sama ada media cetak atau media sosial. - Gambar fail/BERNAMA
KUANTAN: Pas Pahang menggesa supaya logo Perikatan Nasional (PN) diperkenalkan secara meluas mulai sekarang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak lama lagi.
Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata, arahan itu dikeluarkan selepas Pas Pusat memutuskan untuk memperkukuh kerjasama di dalam PN atas prinsip penyatuan ummah.
Ujarnya, ia juga bermaksud Pas Pahang akan bertanding di dalam PRU15 di atas tiket PN.
"Logo yang bakal digunakan oleh Pas ialah logo PN.
"Jadi, logo ini mestilah diperkenalkan secara meluas dari sekarang di dalam apa sahaja medium sama ada media cetak atau media sosial," katanya dalam kenyataan semalam.
Rosli berkata, Pas Pahang amat berharap kepada semua ahli yang memiliki sebarang akaun media sosial agar menukar profil berimejkan PN.
"Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dan diberikan kekuatan untuk bekerja keras bagi merealisasikan hala tuju tema PN Teraju Pahang," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#pas pahang
#PRU15
#logo PN
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan