awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAS Selangor tidak pertikai fatwa terhadap SIS - Iskandar Samad

Astro Awani
Astro Awani
07/11/2014
05:08 MYT
PAS Selangor tidak pertikai fatwa terhadap SIS - Iskandar Samad
PAS Selangor tidak pertikai Fatwa terhadap SIS - Iskandar Samad (Foto: Arkib)
Pendirian tiga ahli parlimen PAS berhubung status Sisters in Islam (SIS) dan mempertikaikan fatwa berkenaan tiada kaitan dengan PAS Selangor, kata Pesuruhjayanya Iskandar Samad.
"Saya ingin menegaskan tindakan tiga orang ahli Parlimen PAS mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berkenaan liberalisme dan pluralisme bukan pendirian PAS Selangor.
"Sehubungan itu, laporan antara mereka adalah pimpinan PAS Selangor adalah tidak benar," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Iskandar berkata tindakan mempertikaikan fatwa secara terbuka adalah tidak wajar.
"Kami juga melihat tindakan mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa secara terbuka adalah satu tindakan yang tidak wajar. Ia akan membuka ruang untuk semua fatwa-fatwa dipertikaikan.
"Keadaan yang sedemikian sudah tentu akan mewujudkan kekeliruan di kalangan umat Islam," katanya lagi.
Beliau juga berkata, tindakan ahli parlimen dari Selangor itu dibuat tanpa berbincang dengan PAS negeri tersebut walaupun pihaknya mengadakan pertemuan mingguan wakil-wakil rakyat pada setiap pagi Rabu.
Semalam, Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dilaporkan berkata Sisters In Islam (SIS) tidak seharusnya dituduh menyebarkan fahaman liberalisme dan pluralisme kerana mereka berhujah menggunakan ajaran Islam dan interpretasi sarjana.
Katanya, fatwa oleh Majlis Fatwa Selangor, yang diwartakan pada Julai gagal memperincikan maksud liberalisme dan pluralisme.
Khalid bersama Ahli Parlimen Kota Raja. Dr Siti Mariah Mahmud dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mengadakan dialog dengan SIS.
Pada Selasa, Khalid dan Mujahid serta Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin mempertikaikan jawatankuasa fatwa berhubung keputusan sebelum ini bahawa 'pluralisme' dan liberalisme bertentangan dengan ajaram Islam.
Topic Berkaitan
#Fatwa Selangor
#PAS
#SIS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan