awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAU2021: 'PM, ketatkan skru longgar dan bersihkan longkang tersumbat' - Zahid

Fareez Azman
Fareez Azman
18/03/2022
04:49 MYT
PAU2021: 'PM, ketatkan skru longgar dan bersihkan longkang tersumbat' - Zahid
Ahmad Zahid turut menegaskan bahawa parti itu mempunyai maruah dan prinsip serta kekuatan daripada menjadi mangsa ugutan sesetengah pihak berkepentingan politik. - Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi pesanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memastikan kerajaan yang diterajuinya terus diterima rakyat.
Jelas Ahmad Zahid, terdapat dasar penting serta arahan minit tertentu untuk kepentingan rakyat tidak diendahkan.
"Biarpun pemimpin utama kerajaan dari UMNO, namun hakikatnya UMNO bukan parti dominan. Dasar-dasar penting biarpun tidak disanggah secara terbuka, namun di belakang suara-suara sumbang sering kedengaran.
"Malah terdapat arahan-arahan dan minit-minit tertentu untuk kepentingan rakyat tidak pun diendahkan," jelasnya.
Justeru, tambah Ahmad Zahid, Ismail perlu melakukan pembaharuan dalam kerajaan agar pentadbiran diterajui pemimpin UMNO itu terus diterima rakyat.
"Terdapat skru-skru yang wajib diperketatkan. PM ketatkanlah skru-skru longgar itu, PM, longkang-longkang yang tersumbat mesti dibersihkan daripada sampah sarap.
"Perwakilan mungkin tak faham, tapi PM faham," ujarnya lagi.
Dalam ucapan Presiden UMNO, Ahmad Zahid turut menegaskan bahawa parti itu mempunyai maruah dan prinsip serta kekuatan daripada menjadi mangsa ugutan sesetengah pihak berkepentingan politik.
"Kerajaan ‘tebuk atap’ atau ‘kerajaan pintu belakang’ tidak perlu dikaitkan dengan UMNO. Bukan kita yang tebuk atap, dan bukan kita yang buka pintu belakang.
"Sampah sarap begini tidak harus dipalitkan kepada UMNO. Kita ada prinsip. Kita ada maruah. Kita ada kekuatan," jelasnya dalam ucapan Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Jumaat.
Perhimpunan Agung UMNO 2021
Ujarnya, parti itu bukan parti picisan untuk dilakukan sebegitu, sebaliknya terus mempertahankan prinsip perjuangan demi rakyat.
"Kita tidak boleh diugut dengan ‘tekan butang di sana dan tekan butang di sini’, akhirnya tekan butang seluar sendiri.
"UMNO bukan parti picisan. Tidak juga seperti itik patah kaki," jelasnya secara sinis.
Topic Berkaitan
#UMNO
#Ahmad Zahid Hamidi
#ismail sabri yaakob
#Tekan butang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan