awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBM Negeri Sembilan umum bubar semua jawatan negeri, bahagian

Bernama
Bernama
24/01/2023
15:49 MYT
PBM Negeri Sembilan umum bubar semua jawatan negeri, bahagian
Keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Majlis Pimpinan Negeri, Negeri Sembilan di Laman Permai Juasseh, Kuala Pilah pada 20 Jan lepas.
SEREMBAN: Parti Bangsa Malaysia (PBM) Negeri Sembilan mengumumkan pembubaran dan perletakan jawatan semua Ahli Jawatankuasa negeri, Bahagian, Sayap Pergerakan Pemuda dan Wanita parti itu kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Presiden PBM Datuk Larry Sng.
Pengerusinya Rosman Jonet dalam satu kenyataan hari ini berkata keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Majlis Pimpinan Negeri, Negeri Sembilan di Laman Permai Juasseh, Kuala Pilah pada 20 Jan lepas.
Beliau berkata pembubaran itu melibatkan Jawatankuasa Bahagian Port Dickson, Jempol, Tampin, Rasah, Rembau, Jelebu dan Kuala Pilah.
"Secara konsensus dan permuafakatan, barisan kepimpinan bersetuju meletakkan jawatan serta membubarkan keseluruhan ahli jawatankuasa negeri dan bahagian PBM berkuat kuasa serta-merta," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PBM
#Negeri Sembilan
#bubar
#hilang kepercayaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan