awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelantikan Zahid dibuat berdasarkan hierarki parti - Ahmad Maslan

Bernama
Bernama
04/12/2022
03:50 MYT
Pelantikan Zahid dibuat berdasarkan hierarki parti - Ahmad Maslan
Pelantikan Ahmad Zahid ke jawatan kedua tertinggi negara bertujuan memberi kestabilan kepada Kerajaan Perpaduan selepas tiada parti memperoleh majoriti mudah 112 di Dewan Rakyat. -Gambar fail/Astro AWANI
ROMPIN: Pelantikan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan berunsurkan kepentingan politik, tetapi dibuat dengan mengambil kira kedudukannya dalam hierarki parti.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pelantikan Ahmad Zahid ke jawatan kedua tertinggi negara itu juga, bertujuan memberikan kestabilan kepada Kerajaan Perpaduan yang telah dibentuk selepas tiada parti memperolehi majoriti mudah 112 di Dewan Rakyat.
"Tidak pernah satu Kabinet pun yang tidak menerima kritikan... berapa banyak kali kita melihat ada satu perkara yang 100 peratus sempurna. Mesti ada pihak yang tidak bersetuju di sana sini.
"Jika kita memberikan kepada orang lain selain Presiden (Ahmad Zahid), kestabilan itu agak tercabar. Kestabilan pertama dalam UMNO dan kedua dalam Kerajaan Perpaduan itu sendiri.
"Oleh itu kita ingin kestabilan dan mengikut hierarki parti satu perkara yang sesuai dibuat pada saat ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ceramah di Kampung Pianggu di sini semalam.
KABINET PERPADUAN NASIONAL 2023
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) antara 27 jemaah Kabinet yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara semalam.
Selain Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid juga memegang portfolio Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Ditanya mengenai penerimaan parti terhadap keputusan barisan jemaah Kabinet, Ahmad berkata maklum balas positif diterima daripada peringkat akar umbi parti.
"Kita sedar kita hanya ada 30 kerusi dan enam wakil (menjadi menteri) pada pandangan kita Alhamdulillah, walaupun kita meminta lebih. Kita tunggu senarai timbalan menteri pula," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Maslan
#Zahid Hamidi
#Kerajaan Perpaduan
#Timbalan Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan