awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Pelik...' - Pas nafi dakwaan Anwar, pembangkang enggan runding projek kawasan

Sinar Harian
Sinar Harian
18/06/2023
03:55 MYT
'Pelik...' - Pas nafi dakwaan Anwar, pembangkang enggan runding projek kawasan
Ahmad Fadhli berkata, Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) sentiasa terbuka bagi mengadakan perbincangan bersama kerajaan mengenai perkara tersebut. - Gambar fail
SHAH ALAM : Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari menafikan dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keengganan Ahli Parlimen pembangkang mengadakan perbincangan mengenai projek di kawasan masing-masing yang belum diluluskan.
Ahmad Fadhli menerusi kenyataan di Facebook miliknya berkata, Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) sentiasa terbuka bagi mengadakan perbincangan bersama kerajaan mengenai perkara tersebut.
"Saya baca kenyataan PMX seperti yang dilaporkan di media massa. Saya dan kawan-kawan Ahli Parlimen PN ini sentiasa terbuka.
"Jemputlah kami bincang projek apa di kawasan kami. Entahlah bila yang dikatakan kami enggan terima pelawaan kerajaan itu, pelik," katanya pada Ahad.
Semalam, Anwar mendedahkan ahli Parlimen pembangkang didakwa masih enggan menerima pelawaan kerajaan bagi mengadakan perbincangan mengenai projek di kawasan mereka yang belum diluluskan
Beliau memberitahu, apa yang dilakukan pembangkang ketika ini hanya memberi kecaman terhadap kerajaan termasuk mendakwa kerajaan zalim kerana tidak memberi kelulusan projek yang dibawa.
Tambah Ahmad Fadhli, lebih pelik lagi bila dikatakan 30 tahun pihak pembangkang tidak bagi peruntukan.
"Memang ajaib kenyataan beliau," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Perikatan Nasional
#Ahli Parlimen Pembangkang
#Perdana Menteri
#projek kawasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan