awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembentukan Kabinet PM Ismail Sabri diumum hari ini

Astro Awani
Astro Awani
26/08/2021
21:28 MYT
Pembentukan Kabinet PM Ismail Sabri diumum hari ini
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan pembentukan Kabinet baharu pada jam 11 pagi ini. -Gambar fail/Wikipedia
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan pembentukan Kabinet baharu pada jam 11 pagi ini.
Perkara itu disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri, pada Khamis.
Ia selepas Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang pada Khamis bagi mempersembahkan senarai nama anggota Kabinet baharu.
Kenyataan itu menyebut majlis angkat sumpah menteri dan timbalan menteri pula berlangsung Isnin ini jam 2.30 petang.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Ismail Sabri di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang.
Istana Negara menerusi kenyataan di Facebook rasmi berkata sesi menghadap yang berlangsung selama satu jam 30 minit bermula 11 pagi.
Seri Paduka Baginda berkenan menerima persembahan senarai anggota jemaah Kabinet baharu daripada Ismail Sabri susulan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri pada 21 Ogos 2021 lalu.
Menurut kenyataan itu, sesi menghadap tersebut adalah yang kali kedua bagi Ismail Sabri selaku Perdana Menteri.
Topic Berkaitan
#Kabinet Malaysia2021
#Keluarga Malaysia
#Kami Mohon
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan