awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan Puteri UMNO Bahagian Bukit Bintang kecoh

Bernama
Bernama
23/06/2018
20:38 MYT
Pemilihan Puteri UMNO Bahagian Bukit Bintang kecoh
Kekecohan dipercayai bermula apabila ada individu secara tiba-tiba meludah salah seorang perwakilan yang hadir dalam majlis tersebut. - Foto Sinar Harian
Mesyuarat dan Pemilihan Puteri UMNO Bahagian Bukit Bintang dicemari dengan insiden pergaduhan antara beberapa anggota Puteri dan Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, pada Sabtu.
Kekecohan berlaku ketika proses pengiraan undi sedang berjalan.
Ia dipercayai bermula apabila ada individu secara tiba-tiba meludah salah seorang perwakilan yang hadir dalam majlis tersebut.
Pergaduhan itu berlaku kira-kira 10 minit sebelum berjaya dileraikan.
Menurut seorang perwakilan, kejadian berlaku apabila pintu bilik pengiraan undi tiba-tiba ditutup.
Katanya timbul rasa tidak puas hati beberapa pihak sehingga berlaku provokasi yang menyebabkan keadaan bertukar kecoh.
"Saya pelik kenapa pintu bilik undi tiba-tiba ditutup? Seharusnya ia dibuka bagi kesemua orang dapat melihat proses itu dijalankan secara telus," katanya.
Seramai 74 perwakilan hadir ke mesyuarat dan pemilihan Puteri bahagian tersebut.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#bilik undi
#Bukit Bintang
#kecoh
#ludah
#pemilihan
#pengiraan
#pergaduhan
#perwakilan
#provokasi
#Pusat Dagangan Dunia Putra
#Puteri
#Puteri UMNO
#PWTC
#tutup
#UMNO
#undi
#wanita
#Wanita UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan