awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan UMNO bakal kukuhkan jentera BN, PH menjelang PRN - Mahfuz

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
28/02/2023
07:39 MYT
Pemilihan UMNO bakal kukuhkan jentera BN, PH menjelang PRN - Mahfuz
Mahfuz percaya bahawa pemilihan UMNO kali ini akan lebih memantapkan lagi jentera pilihan raya antara PH dan BN menjelang PRN nanti. - Foto Astro AWANI
ALOR SETAR: Pemilihan UMNO yang akan berlangsung pada 11 dan 18 Mac depan dilihat akan menjadi platform terbaik dalam memperkukuhkan jentera Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. 
 Menurut Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar, ahli-ahli UMNO dijangka akan memilih barisan pemimpin yang paling mantap dalam memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan termasuk melibatkan kerjasama BN-PH bagi menghadapi PRN. 
 "Saya percaya bahawa pemilihan UMNO kali ini akan lebih memantapkan lagi jentera pilihan raya antara PH dan BN sebab saya percaya ahli-ahli UMNO akan buat pemilihan (terbaik) ke arah memantapkan Kerajaan Perpaduan ini, 

"(Peranan) UMNO-BN di dalam Kerajaan Perpaduan (juga) harus diperkukuhkan, saya tidak nampak ia akan memberikan kesan negatif tetapi (kesan) positif dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri di enam negeri," katanya. 
 Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Ibu Pejabat Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah di Stargate, Alor Setar pada Selasa. 
 Dalam perkembangan sama, PH Kedah juga sedang menantikan format pengagihan kerusi yang mungkin diputuskan pada pertemuan Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada 19 Mac ini sebelum meneruskan rundingan secara rasmi bersama Barisan Nasional (BN) di negeri itu. 
 Jelas Mahfuz, ketika ini hanya beberapa perbincangan tidak rasmi telah diadakan bersama BN termasuk bersama Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan pimpinan yang lain berhubung soal kerjasama menghadapi PRN. 
 Tambah beliau, berdasarkan asas pembahagian kerusi yang dilaksanakan PH sebelum ini, semua pihak yang berada dalam Kerajaan Perpaduan selepas ini perlu menerima hakikat bahawa kerusi yang dimenangi mana-mana parti akan terus menjadi hak mereka untuk bertanding. 
 Sehubungan itu, sekiranya Kedah dijadikan contoh, kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Perikatan Nasional (PN) akan menjadi fokus rundingan membabitkan PH dan BN.
Topic Berkaitan
#Pemilihan UMNO
#Mahfuz Omar
#Pakatan Harapan
#PRN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan