awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin Pemuda Pas cadang ahli kahwin rentas kaum, tingkat sokongan politik

Sinar Harian
Sinar Harian
12/09/2024
10:45 MYT
Pemimpin Pemuda Pas cadang ahli kahwin rentas kaum, tingkat sokongan politik
Aubidullah ketika sesi perbahasan di Muktamar Dewan Pemuda Pas kali ke-65 yang berlangsung di Kompleks Al-Makmur di Kerdau pada Khamis.
TEMERLOH: Perwakilan Selangor mengemukakan cadangan bagi mengusulkan agar barisan kepimpinan Dewan Pemuda Pas mempertimbangkan perkahwinan merentas kaum atau budaya sebagai satu strategi politik.
Setiausaha Dewan Pemuda Pas Selangor, Aubidullah Fahim Ibrahim berkata, cadangan tersebut dijangka mampu meningkat sokongan masyarakat bukan Melayu dan kaum-kaum lain, sekali gus meraih undi tambahan.
"Bila kita berkahwin merentas kaum atau pun budaya, kita bukan sekadar boleh menangkap satu undi, tapi Insya-Allah meraih ratusan undi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan di Muktamar Dewan Pemuda Pas kali ke-65 yang berlangsung di Kompleks Al-Makmur di Kerdau pada Khamis.
Namun begitu, cadangan tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan perwakilan.
Bagaimanapun, pengerusi majlis terpaksa menenangkan keadaan apabila suasana menjadi semakin panas, memanggil hadirin untuk bertenang.
Pengerusi juga memberi jaminan bahawa wakil pemuda Selangor bersedia untuk mendahului inisiatif ini jika ia diterima baik.
Dalam pada itu, Aubidullah meminta agar semua perwakilan pemuda supaya bekerja keras bagi memastikan Selangor dapat di tawan pada Pilihan Raya Umum ke-16.
"Ini masa untuk kita bekerja, tiada lagi masa untuk bersenang- lenang, apabila kembali ke kawasan masing-masing kita merancang strategi bagi memenangi Pas dan PN (Perikatan Nasional)," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pemuda Pas
#kahwin rentas kaum
#Muktamar Dewan Pemuda Pas
#strategi politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan