awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda MIC cadang senator dan timbalan menteri dilantik daripada kalangan sayap pemuda

Bernama
Bernama
19/10/2015
00:00 MYT
Pemuda MIC cadang senator dan timbalan menteri dilantik daripada kalangan sayap pemuda
Ketua Pemuda MIC Kebangsaan C.Sivarraajh berkata semua resolusi yang diluluskan bertujuan meningkatkan martabat golongan belia kaum India di negara ini.
Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda MIC pada Ahad meluluskan sepuluh resolusi termasuk mahu parti melantik anggota Pemuda sebagai senator dan timbalan menteri.
Ketua Pemuda MIC Kebangsaan C.Sivarraajh berkata semua resolusi yang diluluskan bertujuan meningkatkan martabat golongan belia kaum India di negara ini.
"Pemuda MIC telah meluluskan 10 resolusi pada hari ini dengan memberi sokongan dan komitmen untuk menyatukan parti dan memastikan MIC bangkit semula menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan datang," katanya ketika berucap pada perhimpunan agung pergerakan itu di sini pada Ahad.
Perhimpunan itu dirasmikan oleh Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin.
Selain itu, resolusi lain yang turut diluluskan adalah memperkasakan parti dan memantapkan pergerakan itu, serta mengubah pendekatan selaras dengan hasrat Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam, serta mencadangkan agar skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang kini diagihkan mengikut sistem undian terbuka diubah kepada sistem kuota.
Resolusi lain adalah meningkatkan semula pemberian bantuan mengikut kos sara hidup minimum, mengesyorkan kepada Kerajaan agar TEKUN Nasional menyediakan Tabung Usahawan, menampung kos sara hidup dan membendung kemiskinan bandar.
Sementara itu, Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita MIC turut meluluskan lima resolusi termasuk memberi sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kepimpinan Dr Subramaniam.
Ketua Wanita MIC M.Mohana berkata resolusi lain merupakan peluang untuk menyandang jawatan mewakili parti dalam agensi dan menentukan jawatan di peringkat negeri melalui pengundian.
"Resolusi seterusnya adalah menyelesaikan isu penukaran agama dan memansuhkan kelas peralihan," katanya dalam perhimpunan agung yang dirasmikan Dr Subramaniam sebelum itu.
Turut hadir Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan, bekas Naib Presiden Datuk S.K Devamany, Ketua Pemuda MCA Senator Chong Sin Woon dan Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC P. Kamalanathan dan Sivarraajh bersama 1,500 perwakilan yang lain.
Topic Berkaitan
#Pemuda MIC
#perhimpunan agung
#resolusi
#senator
#Timbalan Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan