awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda UMNO bersedia sekiranya berlaku pilihan raya kecil bagi Parlimen Rompin

Bernama
Bernama
05/04/2015
23:36 MYT
Pemuda UMNO bersedia sekiranya berlaku pilihan raya kecil bagi Parlimen Rompin
Jentera Pemuda UMNO telah bersiap sedia sekiranya berlaku pilihan raya kecil bagi kawasan Parlimen Rompin berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Jamaluddin Jarjis.
Jentera Pemuda UMNO telah bersiap sedia sekiranya berlaku pilihan raya kecil bagi kawasan Parlimen Rompin berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Jamaluddin Jarjis dalam kemalangan helikopter petang Sabtu.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, walaupun kemungkinan berlaku dua pilihan raya kecil dalam masa terdekat, iaitu di Permatang Pauh dan Rompin, Pemuda UMNO bersedia untuk digerakkan pada bila-bila masa dan beliau percaya mampu melakukan yang terbaik.
"..dan dalam masa terdekat ini selepas selesai segala urusan mengenai allahyarham, saya akan memanggil semua jentera Pemuda UMNO untuk bermesyuarat bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan bagi menghadapi pilihan raya berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Liga Sukan Parlimen Kuala Langat di sini pada Ahad.
Jamaluddin meninggal apabila helikopter yang dinaiki beliau bersama lima yang lain terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.55 petang Sabtu.
Kerusi Parlimen Permatang Pauh pula kosong apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen pada 16 Mac lepas selepas Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon melalui keluarganya pada 24 Feb lepas.
Topic Berkaitan
#KHAIRY
#Parlimen Rompin
#Pemuda UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan