awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak tubuh jawatankuasa khas lantik ketua kampung, JKKK

Bernama
Bernama
10/06/2018
03:23 MYT
Perak tubuh jawatankuasa khas lantik ketua kampung, JKKK
Hasnul berkata peniaga pasar raya di Perak didapati menurunkan harga barangan keperluan susulan pelaksanaan GST pada kadar sifar peratus sejak awal bulan ini.
Kerajaan Perak menubuhkan jawatankuasa teknikal peringkat negeri membabitkan semua parti dalam Pakatan Harapan untuk melantik ketua kampung dan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
Exco Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi negeri, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim berkata setiap parti perlu menghantar nama dua wakil untuk dipilih sebagai ketua kampung dan anggota JKKK.
"Saya harap rakyat jangan bimbang kerana ini merupakan tempoh peralihan kerajaan dahulu kepada kerajaan Pakatan Harapan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2018 di sebuah pasar raya di sini, pada Sabtu.
Dalam pada itu, Hasnul berkata peniaga pasar raya di Perak didapati menurunkan harga barangan keperluan susulan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar peratus sejak awal bulan ini.
Katanya sejak pelaksanaan kadar baharu GST itu, pihaknya mendapati terdapat barangan yang dijual mengikut harga siling ditetapkan.
"Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan membuat pemantauan dan mengambil tindakan terhadap peniaga yang tidak menurunkan harga barangan," katanya.
Sementara itu, Ketua Cawangan KPDNKK Parit Buntar, Mat Jidin Hassan berkata pihaknya memeriksa 95 premis membabitkan 1,600 barangan sebelum 1 Jun sehingga Jumaat (8 Jun).
"Kita mengambil data harga barangan untuk membuat perbandingan harga sebelum GST dan selepas GST bagi mengetahui harga barang turun atau tidak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Exco
#GST
#harga
#harga siling
#Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim
#jawatankuasa
#JKKK
#kadar sifar
#KPDNKK
#Pakatan Harapan
#pasar raya
#peniaga
#Perak
#teknikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan