awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri yakin Mastura, Budiman berkhidmat cemerlang untuk rakyat

Bernama
Bernama
17/10/2016
14:36 MYT
Perdana Menteri yakin Mastura, Budiman berkhidmat cemerlang untuk rakyat
Mastura, 55, mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Kangsar, yang sebelum ini disandang suaminya Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, dengan majoriti 6,969 undi. - Gambar Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Datin Mastura Mohd Yazid dan Budiman Mohd Zohdi, yang mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat hari ini, akan berkhidmat dengan cemerlang untuk rakyat.
Budiman dan Mastura masing-masing mengangkat sumpah sebagai Anggota Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang baharu pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Ke-13 yang bermula hari ini.
Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada kedua-dua Anggota Parlimen itu menerusi catatan terbaharunya dalam laman Facebook rasmi beliau.
"Tahniah dan selamat menjalankan tugas saya ucapkan kepada Datin Mastura Mohd Yazid dan Budiman Mohd Zohdi yang mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat tadi," kata Najib.
Budiman, 44, menang dengan majoriti 9,191 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar manakala Mastura, 55, mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Kangsar, yang sebelum ini disandang suaminya Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, dengan majoriti 6,969 undi.
PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar pada 18 Jun lepas diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon dan Wan Mohammad Khair-il Anuar dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Budiman Mohd Zohdi
#Facebook
#Mastura Mohd Yazid
#Najib Razak
#Sungai Besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan