awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permintaan singkir menteri UMNO tiada jawatan hanya spekulasi - Ahmad Maslan

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
16/10/2020
08:00 MYT
Permintaan singkir menteri UMNO tiada jawatan hanya spekulasi - Ahmad Maslan
Ahmad berkata, khabar angin berlaku rombakan Kabinet untuk menyingkir menteri dari UMNO yang tidak mempunyai jawatan utama dalam parti hanya spekulasi semata-mata. - BERNAMA
KUALA LUMPUR:Khabar angin berlaku rombakan Kabinet untuk menyingkir menteri dari UMNO yang tidak mempunyai jawatan utama dalam parti hanya spekulasi semata-mata.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan, berita itu juga tidak perlu diambil peduli dan disebar oleh pihak yang tidak diketahui.
"Tidak ada sebarang kenyataan akhbar mengenai perkara ini, tetapi saya maklumkan, saya dan Bendahari Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memang mengadakan sidang video pada pukul 6 petang Rabu lepas bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Segala perkara (yang dibincangkan) itu tidak diberitahu kepada umum, pihak Perdana Menteri minta kami menulis kembali apa yang ingin dinyatakan tetapi saya tidak akan menghantar apa-apa sehingga mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada Selasa secara bersemuka di Pahang," katanya ketika dihubungi di sini, pada Jumaat.
BACA: 'Elak gangguan pentadbiran' punca Ahli Parlimen UMNO ada kes mahkamah tidak dilantik
BACA: Usul Tidak Percaya: Apa kita tahu setakat ini?
Sebelum ini, sebuah portal melaporkan Biro Politik UMNO dikatakan memberi kata dua kepada Muhyiddin agar membuat rombakan Kabinet dan menyingkir menteri dari parti itu yang tidak mempunyai jawatan utama dalam parti.
Menurut sumber portal berkenaan, permintaan itu dan beberapa permintaan lain dikemukakan kepada Muhyiddin oleh Ahmad dan Tengku Adnan dalam satu sidang maya.
Biro Politik UMNO juga dikatakan mahu semua pelantikan Kabinet mewakili parti itu mengambil kira hirarki dalam parti.
Dalam pada itu kata Ahmad, tiada perkara yang dirunding akan dimaklumkan kepada umum.
"Kami tidak berjanji untuk menyebut apa yang akan dirunding, selalunya perkara yang dirundingkan tidak dicerita kepada orang lain.
"Tidak ada sebarang kenyataan akhbar dari pihak Perdana Menteri dan kami mengenai apa yang dirundingkan, segala yang disebut itu hanya spekulasi pihak berkaitan sahaja," ujarnya.
Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani menegaskan Muhyiddin tidak melantik mana-mana Ahli Parlimen UMNO yang mempunyai perjalanan kes di mahkamah untuk mengelakkan sebarang gangguan kepada pentadbiran kerajaan.
Jelasnya, semuanya terpulang kepada Perdana Menteri melantik Ahli Parlimen yang tidak mempunyai sebarang jawatan di dalam parti untuk memegang portfolio dalam kementerian.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Ahmad Maslan
#UMNO
#Barisan Nasional
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan