awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan permit kempen secara 'walkabout' hanya perlu mohon sekali sepanjang PRU15

Bernama
Bernama
11/11/2022
11:58 MYT
Permohonan permit kempen secara 'walkabout' hanya perlu mohon sekali sepanjang PRU15
Jika kawasan ditandingi calon melibatkan dua atau lebih daerah pentadbiran PDRM, permohonan permit hanya perlu dikemukakan di salah satu Ibu Pejabat Polis Daerah yang berkaitan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Permohonan permit untuk kempen secara 'walkabout' hanya perlu dibuat sekali sahaja sepanjang tempoh berkempen dalam kawasan yang ditandingi calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengarah Operasi PRU15 Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Seri Hazani Ghazali berkata perkara di bawah Subseksyen 24B(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya (Akta 5) itu ialah bagi kedua-dua kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Beliau berkata jika kawasan ditandingi calon melibatkan dua atau lebih daerah pentadbiran PDRM, permohonan permit hanya perlu dikemukakan di salah satu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang berkaitan.
"Permohonan permit ini adalah bagi membolehkan PDRM mengambil langkah-langkah yang perlu, bagi memastikan calon dapat berkempen dengan lancar," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hazani yang juga Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman berkata calon juga perlu memastikan supaya sebarang pertembungan antara parti politik dapat dielakkan, serta tiada provokasi lisan atau fizikal timbul semasa program kempen itu berlangsung.
Beliau berkata Subseksyen 24B (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya (Akta 5) memperuntukkan supaya calon membuat permohonan permit bagi setiap kali penganjuran aktiviti perjumpaan, perhimpunan, pertunjukkan, hiburan atau ucapan awam dan syarahan yang dibuat secara terbuka untuk tujuan kempen semasa pilihan raya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#permohonan permit
#walkabout
#Hazani Ghazali
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan