awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persaingan tiga penjuru beri kelebihan kepada kita - Adnan Yaakob

Nuradilla Noorazam
Nuradilla Noorazam
28/04/2018
10:41 MYT
Persaingan tiga penjuru beri kelebihan kepada kita - Adnan Yaakob
Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Seri Adnan Yaakob (tengah) bersama calon BN Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai (kanan) dan calon BN DUN Ketari Datuk Lau Hoi Keong hari ini - Foto Bernama
Pertemuan lebih dari dua penjuru diyakini dapat memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) dalam memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob memilih untuk bersikap positif dan melihat pertembungan tiga penjuru di setiap kerusi parlimen dan negeri di Pahang sebagai pelonjak kemenangan BN kali ini.
Malah, beliau yakin bahawa BN mampu merampas kembali dua kerusi Parlimen dari tawanan pembangkang.
“Sebenarnya, apabila banyak pencalonan ini saya lebih suka kerana ia bermaksud demokrasi kita sihat. Jika ada empat, lima calon bertanding berbanding tiga itu lebih bagus supaya rakyat boleh pilih. Namun saya yakin bahawa rakyat sudah tahu memilih yang terbaik.
“Pertandingan banyak penjuru sebenarnya bukan masalah besar, ia adalah satu kelebihan untuk kita,” katanya kepada pemberita sewaktu lawatan ke Kampung Sg Gapoi, Pelangai, Bentong.
Adnan turut mengulas mengenai perlawanan lima penjuru di Parlimen Temerloh yang diwakili timbalannya Datuk Seri Sharkar Shamsuddin.
“Saya lihat apa yang lebih menakutkan BN adalah apabila ‘pembangkang’ bersatu. Apabila ada satu calon lawan satu maka ia memberi risiko kepada BN dan kita sedikit risau. Risau bukan takut.
“Soal rampas merampas saya tidak mahu mengulas banyak kerana kita tidak berfikir seperti pembangkang namun apa yang boleh saya kongsi kami akan berjaya mendapat semula satu dua kerusi Parlimen.
“Kemungkinan besar tiada perumahan di bahagian negeri,” katanya.
Mengulas mengenai kekecohan yang berlaku di pusat penamaan Bentong pada pagi hadi, Adnan berkata bahawa keputusan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus dihormati.
Tambahnya hanya pegawai SPR yang mempunyai hak untuk melihat dan menilai kad pengenalan calon-calon pilihan raya dan bukan calon atau penyokong parti lain.
“Jika mereka tidak puas hati mereka boleh memfailkan bantahan di mahkamah untuk menentukan keputusan,” katanya.
Mengulas tindakan sesetengah penyokong parti yang beremosi dan didakwa bersikap kurang ajar kepada pegawai SPR, Adnan berkata sudan tiba masanya masyarakat melihat peradaban mereka yang sebenarnya.
“Selalunya orang kata Menteri Besar yang ‘kurang ajar’ tetapi hari ini saya elok sahaja,” gurau Adnan.
Topic Berkaitan
#Adnan Yaakob
#Bentong
#BN
#DAP
#GE14
#Malaysia Memilih
#MalaysiaMemilih
#MB Pahang
#Pahang
#Pelangai
#PKR
#PRU14
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan