awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
Isu PTPTN: Kritikan terdahulu membuahkan hasil, pendidikan percuma berfasa kini fokus golongan rentan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persempadanan semula: Kerajaan P. Pinang timbang teruskan saman SPR

Astro Awani
Astro Awani
01/11/2016
11:55 MYT
Persempadanan semula: Kerajaan P. Pinang timbang teruskan saman SPR
GUAN ENG: Saya rasa dalam perkara ini, kita akan menimbang semula selepas berbincang dengan peguam untuk buat saman di mahkamah. - Gambar fail
Kerajaan Pulau Pinang sedang mengkaji tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana menolak bantahan persempadanan semula.
Ketua menterinya Lim Guan Eng berkata beliau akan mendapatkan khidmat nasihat peguam bagi mempertimbangkan tindakan itu.
Kata Guan Eng, SPR dilihat seolah-olah tidak menjalankan tanggungjawabnya selepas menolak bantahan kerajaan Pulau Pinang dengan alasan kawasan yang dibantah tidak tersentuh oleh syor SPR.
“Saya rasa dalam perkara ini, kita akan menimbang semula selepas berbincang dengan peguam untuk buat saman di mahkamah.
Ada cadangan untuk saman lain lagi, tetapi saya kena bincang dengan peguam kerana saya masih belum terima surat,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri sidang media Pameran Sains Antarabangsa Pulau Pinang 2016.
Walaupun ia tidak melibatkan banyak kerusi, namun beliau tetap merasakan pembahagian sempadan itu tidak adil kepada Pulau Pinang.
Topic Berkaitan
#Lim Guan Eng
#persempadanan semula
#pulau pinang
#SPR
#tindakan undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan