awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persempadanan semula seolah-olah beri BN 'cek kosong' menang PRU - Nurul Izzah

Hafiz Marzukhi, Nuradilla Noorazam
Hafiz Marzukhi, Nuradilla Noorazam
12/11/2016
03:08 MYT
Persempadanan semula seolah-olah beri BN 'cek kosong' menang PRU - Nurul Izzah
Nurul Izzah sedang berucap di Konvensyen Pakatan Harapan di IDCC di sini hari ini. - Gambar Astro AWANI/Nuradilla Noorazam
Naib Presiden PKR, Nurul Azizah Anwar membawa isu persempadanan semula yang katanya menyebabkan Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan PAS bersaing dalam landasan yang berat sebelah.
"Persempadanan semula seolah memberikan Barisan Nasional (BN) 'cek kosong' untuk memenangi pilihan raya," katanya.
Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata komitmen Pakatan Harapan untuk menjadi pemerintah terserlah apabila mereka menerima sahutan bekas Perdana Menteri dan Pengerusi PPBM, Tun Mahathir Mohamed untuk bekerjasama.
Tambahnya tindakan Mahathir yang bertemu bekas Timbalan Perdana Menteri dan pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah menjadi musuhnya adalah bukti keterbukaan Pakatan Harapan.
Nurul Izzah berkata demikian di Konvensyen Pakatan Harapan yang buat julung kali diadakan tahun ini di IDEAL Convention Centre (IDCC) di sini, hari ini.
BACA: Penyatuan sesama parti pembangkang perlu hadapi PRU14 - Saifuddin
"Jika seorang bekas diktator boleh berjabat tangan musuh utamanya maka rakyat tiada alasan untuk tidak keluar mengundi," katanya.
Jelasnya, hampir 5 juta rakyat Malaysia masih belum mendaftar sebagai pengundi.
Parti politik Malaysia juga harus mengambil iktibar dari pilihan raya Amerika Syarikat yang menunjukkan hampir 45 peratus pengundi muda tidak keluar mengundi yang menjadi salah satu faktor kemenangan memihak kepada Donald Trump.
Konvensyen Pakatan Harapan
Dari kiri Lim Kit Siang, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Tun Dr Siti Hasmah dan Tun Dr Mahathir Mohamad turut hadir di Konvensyen Pakatan Harapan di sini, hari ini. - Gambar Astro AWANI/Nuradilla Noorazam
Konvensyen satu hari itu dihadiri oleh Majlis Tertinggi parti pembangkang termasuk Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamed, Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Salahuddin Ayub dan Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham.
Topic Berkaitan
#Ngeh Koo Ham
#Nurul Izzah Anwar
#Pakatan Harapan
#Saifuddin Abdullah
#Salahuddin Ayub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan