awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat diadakan 26 November ini

Bernama
Bernama
23/06/2023
16:35 MYT
Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat diadakan 26 November ini
Nizam berkata pada masa sama, mesyuarat peringkat cawangan akan berlangsung dari 17 Julai hingga 31 Ogos manakala mesyuarat bahagian dari 25 Sept hingga 15 Okt. - Gambar fail/FB NizamAbTitingan
KOTA KINABALU: Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) pada Jumaat menetapkan Persidangan Agung Tahunan 2023 parti itu akan diadakan pada 26 Nov ini.
Ketua Penerangannya Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata mesyuarat yang dipengerusikan Presiden parti itu Datuk Seri Hajiji Noor turut menetapkan Persidangan Agung Tahunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat akan diadakan pada 25 Nov.
Beliau berkata pada masa sama, mesyuarat peringkat cawangan akan berlangsung dari 17 Julai hingga 31 Ogos manakala mesyuarat bahagian dari 25 Sept hingga 15 Okt.
"Tiada pemilihan jawatan pada persidangan tahun ini. Semua 73 bahagian dan 4,976 cawangan Gagasan Rakyat telah dibentuk seluruh Sabah, semua sayap serta jawatankuasanya juga telah dibentuk," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat itu di Alamesra pada Jumaat.
Nizam berkata sambutan terhadap Gagasan Rakyat setakat ini amat menggalakkan dan semakin ramai yang memohon menyertai parti itu yang setakat ini mempunyai keahlian hampir 300,000 orang
Beliau berkata mesyuarat hari ini turut membuat ketetapan menyokong penuh Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gagasan Rakyat ditubuhkan pada 28 Ogos 2013 sebelum Hajiji dipilih sebagai Presiden dalam Mesyuarat Agung Khas di sini pada 5 Feb lepas dan parti itu mempunyai 26 Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gagasan Rakyat
#Kerajaan Perpaduan
#mesyuarat
#peringkat cawangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan