awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perwakilan Pemuda UMNO mahu pemilihan parti diadakan selepas PRU15

Astro Awani
Astro Awani
17/12/2021
05:45 MYT
Perwakilan Pemuda UMNO mahu pemilihan parti diadakan selepas PRU15
Sebanyak 176 Pemuda UMNO bahagian juga mengusulkan agar lebih ramai calon muka baharu dan calon anak muda diketengahkan dalam menghadapi PRU15. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sejumlah 176 Pemuda UMNO Bahagian telah mengusulkan agar pemilihan parti diadakan hanya selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Menurut Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Hasmuni Hassan 176 Pemuda UMNO Bahagian berpendapat pemilihan perlu diadakan selepas PRU15 bagi memastikan kerukunan serta kestabilan parti terpelihara.
Pemuda UMNO juga berpandangan bahawa ruang perlu diberikan kepada kepimpinan parti untuk fokus terhadap agenda membantu rakyat sebelum memulangkan mandat kepada rakyat bagi memilih Kerajaan yang baharu.
Hasmuni juga memberitahu, 176 Pemuda UMNO Bahagian juga mengusulkan agar lebih ramai calon muka baharu dan calon anak muda diketengahkan dalam menghadapi PRU15.
"Ini juga susulan aspirasi dan keputusan kepimpinan yang meletakkan 87 peratus muka baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Melaka.
"Melalui keputusan ini jua lah, PRN Melaka menjadi saksi bahawa tindakan kepimpinan ini telah memberikan kelebihan dan keyakinan rakyat untuk mengundi Barisan Nasional, khususnya pengundi anak muda.
"Justeru, bertepatan dengan langkah tersebut, perwakilan Pemuda UMNO percaya kepimpinan UMNO/BN perlu meneruskan langkah ini dan InsyaAllah BN akan kembali menjadi pilihan majoriti rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Hasmuni menjelaskan ini merupakan suara majoriti akar umbi Pemuda UMNO di seluruh negara yang mahukan pengukuhan serta memastikan parti itu menjadi organisasi terbaik yang dapat menjamin kestabilan demi kemakmuran negara.
Topic Berkaitan
#UMNO
#Pemuda UMNO
#pemilihan
#PRU15
#Barisan Nasional
#calon muda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan