awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PH N. Sembilan yakin pertahankan kemenangan pada PRN tahun depan - Aminuddin

Bernama
Bernama
14/12/2022
09:41 MYT
PH N. Sembilan yakin pertahankan kemenangan pada PRN tahun depan - Aminuddin
Datuk Seri Aminuddin Harun optimis Pakatan Harapan Negeri Sembilan masih mampu mempertahankan 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikuasainya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun depan. - Gambar BERNAMA
SEREMBAN: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun optimis PH negeri ini masih mampu mempertahankan 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikuasainya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun depan.
Menteri Besar Negeri Sembilan itu juga yakin Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kali ini dapat memberikan perkhidmatan terbaik dan menambah keyakinan rakyat untuk terus memberi sokongan kepada PH.
"Kita ada enam bulan (PRN) lagi dan berharap Kerajaan Persekutuan ini dapat memberikan satu perkhidmatan terbaik kepada rakyat serta membuka mata (pengundi) apa sebenarnya kita dapat lakukan kepada rakyat.
Kalau kerjasama dengan BN dimuktamadkan saya rasa itu lebih memberi keyakinan tetapi saya tidak boleh jawab sekarang sebab masih jauh lagi dan belum ada perbincangan awal pun," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, di sini, hari ini.
Naib Presiden PKR itu juga tidak menafikan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) penambahbaikan ke atas beberapa kerusi DUN tertentu perlu dilakukan terutamanya dari segi aspek calon itu sendiri.
DUN Negeri Sembilan ketika ini diwakili 20 Ahli Dewan Undangan Negeri PH dan 16 Barisan Nasional daripada keseluruhan 36 kerusi pada PRU14. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pakatan Harapan Negeri Sembilan
#pilihan raya negeri
#Aminuddin Harun
#20 kerusi DUN Negeri Sembilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan