awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Iran sahkah ketua perisikan IRGC terbunuh dalam serangan AS-Israel
Konflik Asia Barat: Iran dakwa lancar serangan dron ke atas tentera AS di Pulau Bubiyan, Kuwait
Konflik Asia Barat: Ops Tiris 4.0 bongkar 155 kes ketirisan subsidi, RM2.1 juta diesel dirampas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PH sombong, terpisah daripada rakyat - Wan Saiful

Sinar Harian
Sinar Harian
20/02/2023
23:30 MYT
PH sombong, terpisah daripada rakyat - Wan Saiful
Wan Saiful menzahirkan rasa kecewa dengan cara kerajaan campuran PH dan BN dalam menangani rintihan rakyat. -Gambar fail/Sinar Harian
KETUA Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa bahawa Parti Pakatan Harapan (PH) sudah menjadi sombong dan terpisah daripada rakyat.
Malah Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu turut menzahirkan rasa kecewa dengan cara kerajaan campuran di antara PH dan Barisan Nasional (BN) dalam menangani rintihan rakyat.
“Kerajaan kayangan ini tidak memahami kesukaran hidup rakyat yang merayu untuk membuat pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
“Nampaknya semenjak duduk dengan BN, rakan-rakan PH telah terlupa agenda rakyat yang sering dilaung-laungkan sebelum ini,” katanya menerusi kenyataan di laman sosial Facebook miliknya pada Isnin.
Menurutnya, pada Jumaat lalu beberapa pertubuhan akar umbi telah berkumpul di depan Pejabat Perdana Menteri untuk menyampaikan memorandum rayuan yang dibuat.
“Jika situasi tidak serius, sudah pasti mereka tidak berkumpul sebegitu di tengah panas. Ini membuktikan bahawa situasi sekarang adalah mendesak.
“Perlu ditegaskan permohonan kita adalah pengeluaran bersasar. Maksudnya kita boleh wujudkan peraturan untuk memastikan ada keseimbangan antara memenuhi keperluan hari ini dan memastikan kesejahteraan masa depan,” katanya.
Tambah beliau, peranan kerajaan yang sebenar adalah mencari jalan menyelesaikan masalah rakyat.
“Kerajaan tidak seharusnya menolak mentah-mentah apabila rakyat merintih,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau juga menerangkan bahawa isu berkenaan sering kali dibangkitkan di Parlimen.
“Saya harap kerajaan kayangan ini turun berpijak di bumi yang nyata dan segera bantu rakyat. Jangan sombong dengan kuasa yang ada.
“Gunakan kuasa untuk manfaat rakyat, bukan untuk balas dendam kepada mereka yang lantang sahaja,” katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Wan Saiful Wan Jan
#PH sombong
#Ahli Parlimen Tasek Gelugor
#rintihan rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan