awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PH tak mampu beri duit percuma disebabkan beban hutang - Tun M

Arfa Yunus, Wan Syamsul Amly, Rahimah Abdullah, Hilal Azmi
Arfa Yunus, Wan Syamsul Amly, Rahimah Abdullah, Hilal Azmi
29/12/2018
14:10 MYT
PH tak mampu beri duit percuma disebabkan beban hutang - Tun M
DR MAHATHIR: Kerajaan dahulu pernah memberi duit percuma kepada rakyat secara rambang. Kita Pakatan Harapan (PH) tidak mampu. -Gambar fail
Ketiadaan wang untuk membantu rakyat adalah malapetaka yang dibawa oleh kerajaan dahulu, kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad.
Disebabkan beban hutang hasil tinggalan kerajaan dahulu, kerajaan Pakatan Harapan kini tidak mampu memberi wang percuma kepada rakyat seperti yang dipraktikkan Barisan Nasional, kata Dr Mahathir yang juga perdana menteri.
Hasilnya, kini rakyat, terutama golongan miskin merasai tekanan kos sara hidup yang tinggi walaupun hutang negara sedang ditangani dengan baik dan jentera pentadbiran dipulihkan semula.
"Kerajaan dahulu pernah memberi duit percuma kepada rakyat secara rambang. Kita Pakatan Harapan (PH) tidak mampu.
"Sebabnya kita tidak mampu ialah kerana kita tidak selewengkan wang Kerajaan. Lagipun sebahagian yang tidak kecil dari pendapatan Kerajaan terpaksa diguna untuk bayar hutang dan faedah yang amat tinggi.
"Jika hutang tidak dibayar maka kita boleh menjadi muflis – bankrap. Kalau jadi muflis, semua pendapatan kita akan diguna untuk bayar hutang. Tidak akan ada wang sedikit pun untuk bantu rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar Pengerusi Bersatu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Sabtu.
Tambah Dr Mahathir, kerajaan kini sedang berusaha menurunkan harga barang dan berjanji kos sara hidup akan menurun.
Namun katanya, ini akan mengambil masa.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#duit percuma
#kos sara hidup
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#PPBM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan