awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PH umum calon kerusi Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram Rabu depan

Bernama
Bernama
18/08/2023
11:26 MYT
PH umum calon kerusi Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram Rabu depan
Aminolhuda berkata kedua-dua calon yang bakal diumumkan pada Rabu depan itu merupakan anak tempatan serta berpendidikan tinggi.- Gambar fail
JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) akan menampilkan calon muka baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.
Timbalan Pengerusi PH Johor Aminolhuda Hassan berkata kedua-dua calon yang bakal diumumkan pada Rabu depan itu merupakan anak tempatan serta berpendidikan tinggi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat khas tertutup antara PH dan Barisan Nasional (BN) di Bangunan UMNO Johor, di sini hari ini.
Aminolhuda yang juga Pengarah Pilihan Raya bagi PRK itu berkata sebelum bermulanya majlis pengumuman calon, satu majlis tahlil untuk penyandang kerusi Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub akan diadakan, yang akan turut dihadiri kepimpinan tertinggi parti termasuk Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu.
Menyentuh mengenai mesyuarat khas berkenaan yang turut dihadiri Pengerusi BN Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, beliau berkata perbincangan menjurus kepada memperkasakan lagi kerjasama jentera parti Kerajaan Perpaduan bagi memastikan kemenangan.
"Kita meletakkan keyakinan kepada rakyat yang keluar mengundi, dibantu dengan kerjasama rakan-rakan kongsi seperti BN untuk kemenangan," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 26 Ogos, pengundian awal pada 5 Sept dan hari pengundian pada 9 Sept.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRK
#Parlimen Pulai
#DUN Simpang Jeram
#Salahuddin Ayub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan