awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKR Kelantan wujud kerangka kerja, strategi tawan kelantan pada PRU16

Bernama
Bernama
27/10/2024
05:00 MYT
PKR Kelantan wujud kerangka kerja, strategi tawan kelantan pada PRU16
Nurul Izzah meminta pemimpin dan anggota PKR peringkat cawangan melipatgandakan usaha menambah keahlian bagi memastikan parti itu mampu memenangi kerusi di Kelantan pada PRU16. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: PKR Kelantan sudah memiliki kerangka kerja dan strategi bagi mendekati rakyat di negeri ini sebagai persiapan awal menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata pengerusinya Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor.
Beliau berkata kerangka kerja berkenaan antara lain mengambil kira keperluan untuk mengangkat tokoh-tokoh muda dan wanita sebagai pemimpin dalam misi menawan Kelantan pada PRU berkenaan.
"Kerangka kerja telah ada tetapi saya tidak boleh mendedahkannya dan ia akan diputuskan apabila kita berbincang dengan parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan pada 4 Nov nanti.
"Saya mahu PKR Kelantan menjuarai isu dan permasalahan masyarakat di negeri ini supaya rakyat dapat menilai serta berfikir pilihan terbaik," katanya kepada pemberita semasa Majlis Jalinan Mesra antara Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Kelantan dengan pengamal media negeri ini di sini malam tadi.
Semalam, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar meminta pemimpin dan anggota PKR peringkat cawangan melipatgandakan usaha menambah keahlian bagi memastikan parti itu mampu memenangi kerusi di negeri ini pada PRU akan datang.
Beliau dilapor berkata parti itu sudah mula mendapat kepercayaan di Kelantan kerana teras prinsip keadilan kepada rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU16
#kerangka kerja
#PKR Kelantan
#Mohamad Suparadi Md Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan