awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKR perlu agresif hadapi PRU16 - Nurul Izzah

Bernama
Bernama
16/05/2025
22:30 MYT
PKR perlu agresif hadapi PRU16 - Nurul Izzah
Nurul Izzah menyampaikan ucapan pada Program Temu Rapat Akar Umbi di Kenanga International. - Foto BERNAMA
KUANTAN: PKR perlu bergerak lebih aktif dan strategik sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), khususnya dalam usaha memperkukuh sokongan dalam kalangan pengundi luar bandar.
Naib Presidennya Nurul Izzah Anwar berkata antara tumpuan utama parti itu bagi tempoh dua tahun akan datang ialah mengadakan semula rundingan dengan parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) berkaitan pembahagian kerusi bagi memastikan persiapan lebih mantap.
"Kita (PKR) perlu menyusun semula perbincangan dengan parti-parti komponen. Desakan kita juga perlu ditingkatkan kerana jika dibiarkan seperti dahulu, kita akan kehilangan momentum.
"Saya tidak mahu PKR menjadi parti minoriti. Pada 1999, undi Melayu kepada kita pernah mencecah 55 peratus, tetapi kini purata hanya sekitar 30 peratus," katanya ketika berucap pada program Temu Rapat Akar Umbi di sini malam tadi.
Mengulas lanjut, Nurul Izzah menegaskan komitmen PKR untuk memperkukuh budaya kerja berasaskan data termasuk memperluas penggunaan kajian dan penyelidikan sebagai asas kepada strategi parti.
Menurut beliau, pendekatan itu pernah digunakan menerusi pelaksanaan Laporan Indeks Kemiskinan Multidimensi Permatang Pauh 2021 yang dibangunkan bersama Prof Fatimah Kari, bekas Pengarah Pusat Pengajian Kemiskinan dan Pembangunan, Universiti Malaya.
Sementara itu, pemilihan PKR menyaksikan pertembungan satu lawan satu bagi jawatan Timbalan Presiden antara Nurul Izzah dan Datuk Seri Rafizi Ramli, manakala presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal tanpa pencabar.
Kongres Nasional PKR termasuk Kongres Angkatan Muda Keadilan dan Wanita dijadual berlangsung dari 22 hingga 24 Mei ini di Johor Bahru, dengan pemilihan pimpinan pusat diadakan pada 23 Mei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemilihan PKR
#PRU16
#Nurul Izzah
#pengundi luar bandar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami