awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Muhyiddin ada nasihati saya - Osman Sapian

Bernama
Bernama
13/09/2020
13:14 MYT
PM Muhyiddin ada nasihati saya - Osman Sapian
Osman berkata Muhyiddin sempat memberikan nasihat "secara santai" ketika bertemu pada sesi persidangan DUN Johor pada Khamis lepas dan hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menasihati bekas Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian berhubung tindak tanduknya sehingga menimbulkan kontroversi baru-baru ini.
Perkara tersebut diakui sendiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu ketika ditanya sama ada Muhyiddin yang juga perdana menteri, ada menyatakan sesuatu kepada beliau mengenai tindakannya menghadiri program Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) di Slim, Perak, bulan lepas.
Osman berkata Muhyiddin yang juga ADUN Gambir, sempat memberikan nasihat "secara santai" ketika bertemu pada sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini, pada Khamis lepas dan hari ini.
"Beliau (Muhyiddin) cakap dengan saya 'slow' sikitlah, jangan cakap banyak," katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas persidangan DUN Johor di Kota Iskandar, di sini, hari ini.
Sebelum ini, tular video yang menunjukkan Osman, Ketua Bersatu Bahagian Ayer Hitam, dipercayai sedang berucap berkempen menyokong calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim.
Namun, ADUN Kempas itu dilapor sebagai berkata kehadirannya di program itu hanyalah sekadar bertemu rakan lama sambil makan angin dan tiada kaitan dengan hal politik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas Menteri Besar Johor
#Bersatu
#kontroversi
#Muhyiddin Yassin
#nasihat
#Osman Sapian
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#Pejuang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan